CHAPTER 11

Romance Completed 165455

Ellysa mengerling Khail disebelah.Tak habis-habis lagi dengan phone dia tu?!Siapa yang call sebenarnya?Keysha?

Dalam kereta pun masih nak menjawab fon tu.Ellysa membebel dalam hati.Namun entah kenapa jalan ni bukan ke KLIA?

Ellysa pandang keluar tingkap saat kereta mewah Khail berhenti disebuah bangunan yang tinggi lagi gah.Terpampang jelas Grand Hiyatt Hotel.

Fuhh,belum pernah lagi Ellysa ke sini.Muka dipaling kepada Khail yang masih dengan telefon bimbitnya.

"Yelah,abang lewat sikit je.Pergilah jalan-jalan dulu.Nanti abang ambik.Call nanti.Bye!"Khail mematikan talian seusai bercakap dengan adiknya itu.

Dia berpaling ke arah isterinya yang ralit merenung diri.Khail kerut dahi.Minah ni berangan ke apa?!

"Hoi,kau ni apasal?"Khail menjentik dahi Ellysa.

"Auch!Sakitlah!"Ellysa memegang dahinya.Muka cemberut ditayang.Free jelingan tajam ke arah suaminya itu.

Khail tayang sengih sebelum meledakkan ketawa.Hailah muka tu,geram aja nak cubit-cubit je!

"Khail!Dahlah tu!!"Ellysa membentak.Geram weii,ingat best ke kena jentik kat dahi pulak tu!

"Yelah-yelah."Ucap Khail dalam sisa ketawa.Ellysa membuat rolling eyes.

"Kenapa kita ada kat sini?Bukan Keysha dah tunggu kat airport ke?"Soal Ellysa.

"Aku ada meeting kejap kat sini.Jomlah turun.Keysha aku dah suruh dia jalan-jalan sementara aku ada meeting kat sini."Balas Khail sambil membetulkan kot yang tersarung ditubuh tegapnya itu.

"Oh."Itu sahaja yang dibalas oleh Ellysa.Mata tertumpu kepada seorang wanita ayu,manis diluar kereta sambil memegang dokumen.

Mata wanita tersebut masih tertumpu kepada Khail sambil tersenyum manis.Ellysa berulang kali memandang Khail dan wanita tersebut silih berganti.

Apahal?Ada something ke 2 ekor ni?Fuh,sesedap rasa je aku letak ekor kat diorang.Hahahah,sekali sekala kan?

"Kau ni kenapa?Berangan?"Suara garau Khail menyentakkan Ellysa.

"Tak ada apalah."Balas Ellysa sambil tersengih.Coverline lah orang kata.

"Jomlah keluar.Tak reti panas ke kau ni?"Khail menyindir sambil membuka pintu kereta untuk keluar.Ellysa mencebik sambil tangan tetap membuka pintu kereta.

Sebaik sahaja berdiri Khail sudah pun terpacak disisi.Wanita tersebut datang menghampiri Khail sambil tersenyum.

"Assalamualaikum Encik Khail."Ujar Ayra kepada bosnya.

"Waalaikummussalam.Ayra ni isteri saya.Aireen Ellysa."Balas Khail sambil memperkenalkan Ellysa.Ayra berpaling lantas mengelumun senyum.

"Assalamualaikum,Puan..."

"Ellysa."Balas Ellysa sambil memberi senyuman

"Puan Ellysa.Err,Encik Khail,Puan Sri Airena dengan Dato' Rahman dah tunggu dalam hotel."Ellysa tersentak.

Dato' gatal tu lagi!Menyampah lah aku!!!Ellysa menjerit dalam hati.Khail mengerling isterinya yang dah kelat muka.

Namun tiba-tiba wajahnya berubah.Puan Sri Airena?Airena?Hmm,entah!

Mestilah dia tahu betapa menyampahnya isterinya dengan sikap Dato' Rahman yang memang terkenal dengan sifat penggoda kelas pertama dan juga buaya darat!

"Hmm,oklah.Jom masuk."Arah Khail sambil kaki mula melangkah masuk ke dalam hotel tersebut.Sempat juga dia berbisik sesuatu kepada Ayra.

Ellysa memandang curiga.Ada something ke diorang ni?Entah kenapa hatinya tiba-tiba dijentik satu perasaan aneh.Dia juga kurang mengerti apa yang dirasa saat ini.

Seketika kemudian.Lengan kirinya rasa dipegang lembut.Spontan Ellysa mengangkat wajah.

"Kenapa?"Soal Ellysa aneh kerana Khail hanya merenung dirinya sambil memegang lengan kirinya itu.

"Kau masuklah dewan makan tu dulu.Meeting ni aku bajet dalam 30 minit sahaja."Ujar Khail sambil mengerling Ayra.Wanita manis itu hanya tersenyum sahaja.

Ellysa mengangguk sahaja.Tidak tahu hendak membalas apa.Khail memandang Ayra yang sudah pun menunjukkan jam tangannya itu.

"Kau duduk situ sampai aku datang.Jangan nak merayap dan jangan layan orang lain.Especially lelaki.Sebab kau ni jenis blur sentiasa.Orang nak kidnapped kau pun,kau masih dengan blur!"Khail memberi amaran.

Ellysa menjuih bibir.Ayat!Sesedap rasa aja cakap orang blur.Huh dasar mamat gila!Ellysa mengutuk dalam hati.

Selesai menitip kata Khail bergerak seiring dengan Ayra yang sedang menunjukkan beberapa dokumen itu.

Ellysa mengeluh sambil memerhati dua kelibat itu hilang dari pandangan.Kaki yang tersarung kasut converse putih yang dipadankan dengan seluar jeans yang sama warna beserta baju t-shirt lengan panjang bewarna biru lembut dengan tudung yang bewarna putih dihalakan ke dewan makan hotel trsebut.

Ellysa hanya memesan green tea sahaja.Nak pesan lebih?Memang tidaklah!Harga makanan dalam ni dahlah mahal.

Dengan si Khail yang entah dah masukkan atau tidak bayaran ke akaunnya.Huh,stress!Sambil menyinsip teh,Ellysa hanya bermesej dengan Mawar sahaja.

Wei,Lysa kau kat ne tu?#Mawar

Aku kat Grand Hyatt Hotel.Asal?#Ellysa

Wow!Buat mende kat situ?#Mawar

Khail ada meeting kat sini.#Ellysa

Ada meeting pun kau ikut?Tak boleh berenggang lah tu.Hehehe!#Mawar

Hoi sengal!Kau jangan nak merapu meraban ehh,aku ikut sebab Khail suruh!#Ellysa

Ouhh.Manalah aku tahu.Oklah Lysa,bos aku dah datang ni!Byeee!!!Love u!#Mawar.

Ewww!Serai!!#Ellysa

Mata terus terangkat kehadapan.Tertancap terus kepada Khail yang sedang bergurau senda bersama seorang gadis yang memang cantik itu.

Ewah-ewah!!Bahagianya gelak ketawa minah gedik tu dengan suami orang!Segera Ellysa bangun lalu menapak ke arah Khail yang masih bergelak tawa bersama gadis tersebut.

"Dh habis meeting dah?"Soal Ellysa sambil tersenyum plastik.Khail menoleh ke arah Ellysa yang tiba-tiba muncul.

"Erm,dah!"Ucap Khail seraya mengerling Zara yang berdiri disebelahnya.Bisness partnerlah katakan.Dengan Zara sahaja dia dapat biasakan diri.

"Khail,ni siapa?"Soal Zara manja sambil mengerling gadis bertudung itu.

"Oh,Zara kenalkan ni isteri I Aireen Ellysa.Call her Lysa.Erm,Aireen ni,Zara Qaisara.My bisness partner."Ujar Khail.

Ellysa masih dengan senyum plastik.Jelas terlihat perubahan air muka minah yang diberi nama Zara ni!Terkejut plus jealous lah tew!

"Is...isteri you?"Soal Zara terkejut.Khail hanya mengangguk.Zara mula mengukir senyuman palsu.

"Oh,Hmm,Ellysa kan?Nice to meet you."Zara berkata.Ellysa hanya mengangguk.Kedua-dua tidak mahu menghulurkan salam.

"So,kitorang mintak diri dululah ye!"Ellysa segera bersuara.Tanpa menunggu balasan dari Zara a.k.a minah gedik laju sahaja tangan Ellysa menarik tangan kanan Khail lalu mengheretnya jauh dari situ.

Khail memandang pelik.Apasal pulak minah ni?Tetiba aja.Tapi dia hanya menurut sahaja sebelum tiba-tiba dia mengelumun senyum

Kes jealouslah ni?Sampai di satu ruang menunggu Ellysa melepaskan pegangan.Muka dipaling ke arah Khail yang sedang tersenyum sinis itu.

"Asal senyum-senyum?Kejang urat pipi ke?"Soal Ellysa sebal.Bertambah sebal teringatkan Zara gediks tu!

Khail mendekatkan wajah.

"Kau kenapa?Jealous?"Soalnya sambil tersenyum senget.Ellysa tersentak.Jealous?Wait,what?!Aku jealous ke?

"Err,mana adalah!Jomlah gerak."Ellysa cuba mengubah topik.Senyuman yang masih dibibir Khail itu mengundang perasaan menyampah pula.

"Sabarlah dulu cik adik jealous!Aku masih ada benda nak discuss dengan Ayra kejap."Ujar Khail.Ellysa merengus.

Ishh,apa bendalah dia nak bincang lagi?!Ellysa membentak geram dalam hati.Muka dah masam.

"Tak payah nak buat muka.Kau pergi duduk dulu kat sini.Aku janji tak lamanya."Khail menarik tangan Ellysa ke sofa yang tersedia di ruang menunggu itu.

Gadis itu hanya menurut.Muka masih masam.Bosan kot,menunggu ni.Khail senyum sahaja sebelum menapak pergi.

"Benda tah papelah yang korang nak bincang ni?!Erghh,menyampah pulak aku!"Ellysa menggumam perlahan sambil tangan mencapai majalah yang trsedia di ats meja.

Belek satu muka surat.Tengok gambar je weyh,tulisan tu memang taklah dia nak baca!Macam manalah si Mawar yang obses dengan novel tu boleh baca sampai habis?

Dahlah tulisan aja! B.O.R.I.N.G!!!!

"Excuse me?Cik Aireen right?"Ellysa mengangkat wajah sambil memandang ke arah si tuan empunya suara.

Serta merta rasa seram menjamah hati.Masalah ni!!Dato' Rahman gegatal ni ada kat depan pulak dahhh!!!

"Eh Dato' Rahman!Err,ye ni saya."Balas Ellysa sekadar berbasi-basi.Nampak yang Dato' Rahman dah tersengih lebar.

"So you dah dapat kerja?"Soal Dato' Rahman sambil duduk disofa bersebelahan Ellysa.Terbeliak sikit mata Ellysa dibuatnya.

Dia mengengsot ke tepi sedikit agar jauh dari Dato' gatal tu.Mana pulak si Khail ni?!Kepala Ellysa tertinjau-tinjau mencari kelibat Khail.

Kata sekejap je.

"Cik Aireen..."Panggil Dato' Rahman meleret sambil tangan ingin menyentuh tangan putih gadis dihadapannya itu.

Namun baru sahaja ingin menyentuh.Tangan Ellysa yang dia hendak sentuh tiba-tiba disambar oleh tangan kekar seseorang.

Automatik pergerakkannya mati.Dato' Rahman mendongak memandang Ellysa yang sudah berdiri disebelah Khail dengan tangan gadis itu berada dalm genggaman jejaka itu.

"Eh,Khail!"Dato' Rahman tampak terkejut.

"Sorry Dato' Rahman,she's my wife.I don't like other guys touch her.Or in other word...."Khail meleretkan suara bersama poker facenya.

Dato' Rahman terdiam.Dapat Ellysa lihat halkumnya bergerak.Takut jugak si Dato' ni dengan Khail.Tanpa sebarang kata Khail menarik lengan isterinya ke kereta.Ellysa menurut dengan hati yang lega.

Sampai di kereta,Khail melepaskan pegangan.Dia melangkah ke tempat duduk pemandu.Ellysa pantas mencapai pergelangan tangannya.

Khail terhenti namun belum berpaling.Ellysa bergerak lalu berdiri berhadapan dengan suaminya.Tidak semena-mena tawa gadis itu meletus.

"Kau ni gila ke apa?Gelak sorang-sorang!"Khail menyoal keras.Tawa Ellysa masih bersisa.
Comel pula tengok muka masam mencuka Khail itu.

"Awak.kenapa?Jealous?"Ellysa mengajuk sambil senyum sinis.Khail buat rolling eyes sebelum menjentik dahi isterinya itu.

"Otak tu jangan nak bermimpi lebih-lebih!Dah jom!"Khail terus masuk ke kereta.Ellysa menggosok dahinya.Muka berkerut.

"Ceh ego tinggi!"Ellysa membebel sambil.masuk ke kereta mewah itu.

#Do comment if you wanna watch next chapter!!!
#Sorry kalau tak best sis mcm kecundang idea :(

Share this novel

Zakinah Yacob Shah
2019-12-08 08:03:13 

cerita yang menarik,tak sabar untuk baca episod yang seterusnya

Ropiah Sedek
2019-09-19 11:52:29 

pandai pulak cemburu si Khalil dgn dato' Rahman tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience