CHAPTER 4

Romance Completed 165455

Buk!!Ellysa menggosok dahinya yang terlanggar dada umat manusia mana entah!Ermm,ni mesti salah diri sendiri.

Siapa suruh tertinjau-tinjau cari restoran macam monyet cari kelapa!

"Jalan guna kepala lutut ke?"Soal suara garau dihadapannya itu.Ellysa menyeringai.Malu babe!Haiyya lu!

"Err sorry,sesangat encik..."Kata-kata Ellysa termati sendiri saat terpandangkan anak mata bewarna hitam pekat itu.

"Kau ni dah kenapa?Mental?"Soal pemilik suara garau tersebut lagi.Nadanya berubah kepada aneh.

Ellysa tersentak.Dia mula memandang wajah pemilik suara garau tersebut.O.M.G!Mamat gila hari tu!!

"Awak?"Soal Ellysa kaget.Sebesar-besar planet yang diberi nama bumi ini,terpaksa jugak jumpa mamat gila ni.

"Yeah me.So what?"Soalnya bernada mendatar.Mata merenung tepat ke arah Ellysa dihadapan mata.

"Apa awak buat kat sini?"Soal Ellysa lagi.

"Suka-suki nenek abah aku lah nak buat apa kat sini.Apa?Ada tertulis ke signboard sila nyatakan tujuan anda ke sini?"Balas Khail sambil mencebik.

"Huh,saya tanya ajalah!Dasar mamat loyar buruk!"Ellysa membalas sambil mata membuat rolling eyes.

"Hello,minah senget!Kau yang langgar aku,nak memaki orang pula.Lain kali jalan tu tengok depan!Apa?Dah terputus spring tengkuk ke?"Khail berkata sarkastik.

Wh...What?!Dia cakap aku minah senget?!Kurang zat kau mamat gila!
!!
"Kalau saya putus spring tengkuk,awak putus fius otak!Sesedap rasa ajinamoto aja cakap orang senget!"Sebal dia membalas.

"Huh,dah buat salah masih lagi tunjuk bagus!Minah senget!"Khail mencebikkan bibir.

"Ewah-ewah mulut,sebelum saya gunting mulut awak tu baik awak blah."

"Hek eleh,nak gunting konon,lepas kau gunting tu mesti nak simpankan?Yelah,mulut orang handsome macam aku,takkanlah kau tak simpan."Khail senyum mengejek.

"Eww,tolonglah!Kalau saya buat macam tu,ia bererti saya ni dah gila!Huh,dasar mamat bajet handsome!"Ellysa berkata kemudian terus berlalu pergi

Puas hatinya dapat membalas sebegitu.Dia bencikan mamat gila itu!!!

***
Khail hanya mampu memerhati gadis itu dari belakang.Boleh tahan jugak mulut minah tu.Deringan telefon bimbit menyentakkan Khail.

Tertera nama setiausahanya di skrin telefon bimbit jenama Apple itu.Segera Khail menjawab panggilan tersebut.

"Yes Ayra?"

"Encik Khail,Tan Sri ada di office sekarang.He wants to see you now."Ayra memaklumkan.Khail mengeluh berat.

"I'll be there in thirty minutes."Balas Khail lalu memutuskan panggilan.Dia berjalan ke arah kereta mewah yang hanya diparkir seberang jalan.

***
"Where is him?"Soal Tan Sri Khalis tanpa memandang ke arah setiausaha anak terunanya itu.

"Encik Khail beritahu,dia akan tiba dalam 10 minit lagi.Tan Sri nak saya hubungi dia lagi sekali ke?"Soal Ayra takut-takut.

Tan Sri Khalis mengambil secawan teh lalu meneguknya.Gaya angkuh usah dikatalah.Lelaki yang berumur separuh abad itu memang angkuh orangnya.

"No,saya nak tengok boleh dia tepati masa atau tidak.You may leave."Arah Tan Sri Khalis keras.Ayra mengangguk laju.

Baru sahaja Ayra ingin keluar,Khail masuk ke dalam bilik pejabatnya.Langkah Ayra terhenti.Wajah bosnya dipandang takut.

"Hmm,yo're just on time."Tan Sri Khalis bersuara mendatar.

"Ayra,get out."Arahan Khail diterima dengan hati yang senang oleh Ayra.Tanpa berlengah dia meninggalkan bilik pejabat Khail dengan senyuman lega.

Sebaik pintu biliknya ditutup,Khail mula bersuara.

"Why are you here,pa?"Soal Khail senada.Tan Sri Khalis tidak terus menjawab.Dia mempelawa anaknya duduk disofa.

Tanpa berlengah,Khail menurut tanpa kata.Duduk berhadapan dengan ayahnya yang selamba menghirup teh di dalam cawan.

"Macam mana dengan syarikat?"Soal Tan Sri Khalis tanpa menjawab soalan Khail.

"Okay.Kita dapat kontrak bernilai ratusan ribu ringgit..."Belum sempat Khail menghabiskan kata,Tan Sri Khalis terlebih dahulu mencelah.

"Just okay?Kontrak bernilai ratusan ribu ringgit?Young man,that is not what I expect to hear."Khail mengetap gigi.

"William Properties perlu mendapat kontrak lebih dari itu.You should know that.You make me feel disappointed."

#Do comment if you wanna read next chapter!
#Love u guys

Share this novel

Lya Mizi
2020-02-14 13:10:39 

bestt sangat jln penceritaan..keep it up


NovelPlus Premium

The best ads free experience