CHAPTER 1

Romance Completed 165455

Keluhan berat dilepaskan.Kejap pandang skrin telefon bimbit lepastu minum kopi.Last sekali keluh balik.

"Kau ni kenapa duk keluh sana,keluh sini?"Suara Mawar yang bertanya sedikit menyentakkan Ellysa yang setia berkhayal.

"Idok ler,aku ni tengah runsing lah."Balas Ellysa.Dipandangnya mugnya ditepi kemudian tangannya mencapai mug hitam yang berisi Cappucino milik Mawar yang baru diletakkan tadi.

"Eh,bertuah punya kawan!Pemalas tahap gaban.Pergilah buat air kopi kau sendiri.Nak jugak ambil harta pusaka aku tu!"Mawar menjegilkan mata.

"Alah kau ni.Sharing is caring kan?"Ellysa menjawab.

"Kepala hotak kau!Erggg,cakap dengan kau nikan Lysa buat sakit kepala otak aku lagi adalah."Mawar merampas semula mug yang masih berada ditangan temannya itu.

"Aku stress lah weh.Kewangan aku ni,dah merosot tahu tak?Arghh!!Stress gila!"Ellysa menekup muka dengan kusyen yang terdapat di atas sofa.

"Tak payahlah kau nak stress sangat.Aku ada kan.Setakat nak bagi makan kau lepas aja.Tapi aku pun ekonomi macam unstable."Kini giliran Mawar pula yang mengeluh.

"Hmm,tak pelah Mar.Kau simpan dulu duit kau tu.Nanti kalau aku nak mati kebulur,aku minta dekat kau ehsan sikit eh."Ellysa tersengih.

Mawar menggeleng.

"Kalau kau mati kebulur,memang sahlah kau dah beberapa hari tak makan!Yelah Lysa.Ikut suka kau lah."

"Yeah!Terima kasih kawan.Kaulah sahabat dunia akhirat aku!"Ellysa bangun lalu memeluk sahabatnya itu.

"Ishh,dah tepi-tepi,cerita boyfriend aku ni dah start."Mawar menolak badan Ellysa yang menutup pandangan matanya itu.

Ellysa bangun lalu naik ke atas.Mawar hanya menjeling sekilas sahaja.Perhatian lebih tertumpu pada wajah kacak Song Joong Ki ni.

Heh,kenapalah dia dah kahwin?Hmm,benci!

Ellysa naik ke biliknya.Macam mana ni?Duitnya hanya cukup makan untuk 1 bulan sahaja.Inilah yang dia malas sangat nak fikir.

Itulah siapa suruh,berhenti kerja dekat syarikat hari tu?Tapi masalahnya,Dato' Rahman,bos dia tu,gatal,lembab,playboy tak padan dengan tua,acah-acah handsome padahal hancus!

Cerewet,suka lengah-lengahkan masa nak bayar gaji pekerja.Last sekali,suka duk usyar pekerja perempuan.Huh,dasar orang tua tak sedar diri!

Umur dah 54 tapi tak sedar lagi.Huh,menyampah!Astagfirullahalazim,mentang-mentang bos tak ada,memang syoklah mengutuk.Ye dak?

Ini tak boleh jadi ni,baik Ellysa keluar cari kerja.Kang,tak pasal-pasal mati kebulur dekat sini!

Segera Ellysa mengambil telefon bimbitnya dan 'sling bag' bewarna peachnya itu.Baju?Erm,tak payahlah tukar-tukar bagai.

Dah cun rasanya.Perasan!Tanpa menunggu dia bergerak ke ruang tamu.Mawar yang ralit dengan cerita itu menoleh.

"Eh,Lysa kau nak ke mana?"Soal nya aneh.Lysa ni bukan boleh percaya!Time terdesak,benda gila pun dia boleh buat!

"Aku nak keluar kejap.Carilah mana-mana Dato' ke Tan Sri ke buat sara hidup aku ni."Ellysa tergelak sendiri.

"Alah,tak payah lah kau nak susah-susah pergi cari.Tu Dato' Rahman tu,tunggu kau bagi green light aja."Mawar menyinis sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Samdol kau kawan!"Ellysa menjegilkan mata sebelum melangkah pergi ke pintu utama.

"Jangan balik.lewat sangat Lysa!Kalau ada apa-apa roger-roger aku!"Laung Mawar dari ruang tamu.Huh,tak boleh agaknya dia hantar Lysa sampai ke pintu.

Ellysa hanya mengangkat tangan kanannya tanpa berpaling.Shawl bewarna hitam diatas kepalanya dibetul-betulkan.

Hmm,baiklah!Kita nak start mana dulu ni?

***
Ellysa melepaskan keluhan kecil.Hmm,semua tempat yang dia pergi,tak diterima atau tak perlu pekerja.

"Hmm,sambung lepas ni lah pulak!Apa-apa pun perut perlu diisi terlebih dahulu."Gadis itu kian melangkah masuk ke dalam restoran.

Selepas membuat pesanan dia bergerak ke sebuah bangku kecil disudut restoran.Tapaukan ajalah!

Makan dalam restoran ni sesak sebab waktu makan tengah hari.Huh,macam zombie menyerang aja gayanya!

"Eh,Cik Aireen kan?"Ellysa yang sedang ralit dengan telefon bimbitnya itu mengangkat wajah.Serta merta wajahnya berubah pucat.

"Err,Da..Dato'!Dato' buat apa kat sini?"Soal Ellysa sedikit gagap saat berjumpa dengan bekas majikannya.

Aduh!Macam mana pula ni!Baru je lepas kutuk-kutuk orang tua ni dah ada depan mata!Ehh,seram sejuk dibuatnya.

Pandangan mata Dato' Rahman mencerlung memandang wajah manis bekas pekerjanya itu.Tergugat juga nafsu lelakinya.

"Saya datang nak makan lah.Hmm,jadi apa khabar awak sekarang Cik Reen?Dah ada kerja baru?"Soal Dato' Rahman bertalu-talu.

Mata masih tidak beralih dari memandang Ellysa.Ellysa pula bagai nak bagi sepak terajang aja dekat Dato' Tua ni!

Huh,tak padan dah tua.Gatalnya lebih!

"Saya baik,alhamdulillah.Ermm,masih mencari."Jawab Ellysa sambil tersenyum tak ikhlas.

Dato' Rahman mengangkat kening.Bibirnya tersenyum sinis.

"Really?Hmm,kalau macam tu,nak tak I offer you kerja dengan I?Be my PA."Soal Dato' Rahman mencuba nasib.

"Eh,tak apalah Dato'.Saya tak berapa nak suka sangat kerja PA ni.Hmm,oh,makanan saya dah siap.Amigos Dato' "Balas Ellysa laju sambil berlalu ke kaunter untuk mengambil pesanan.

Huh,Dato' ni ingat aku tergoda agaknya.Sorrylah tok!Aku ni muda lagi,tak adanya orang tua macam kau aku pilih!

Welk!!Ewww, I,you?Geli gelaman I!Umur dah sesuai dapat cucu,tapi kasanova bertaraf warga emas tak sedar diri!!

Sementara menunggu baki,Ellysa sesekali menjeling ke arah Dato' yang duduk di pintu masuk restoran sambil merenungnya.

Oh,Tolonglah!!Namun dari ekor mata,Ellysa perasan seorang jejaka berpakaian kemeja putih yang disinsing hingga ke siku.

Menampakkan tangan kekarnya dan urat-urat jantan disitu.Ha,tu baru betul calon suami!OMG,handsome babe!!

Tersengih sekejap Ellysa memandang ke arah jejaka yang ralit berbual dengan Dato' Rahman tersebut.

"Cik ni bakinya."Pekerja restoran itu menghulurkan baki.Ellysa mengambil nya lalu bergerak ke pintu restoran.

Jejaka dan Dato' Rahman masih berbual.

"Eh,Cik Reen dah nak balik ke?Nak I tumpangkan?"Soal Dato' Rahman membuatkan Ellysa membrek.

Dia menoleh ke arah Dato' Rahman yang tersengih sambil memberi.lirikan menggoda.Ellysa menjuih bibir dalam diam.Huh,dari balik dengan kau,baik aku jalan kaki!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience