CHAPTER 13

Romance Completed 165455

"Nah!"Khail melemparkan satu sampul surat bewarna coklat ke peha Ellysa yang sedang duduk termenung di katil.

Ellysa tersentak lantas membulatkan mata.Wajah Khail dipandang dengan tanda tanya.Sampul surat itu diambil dan ditilik.

"Tu bayaran pertama kau sebab jadi isteri aku.Dan aku dah masukkan duit dalam akaun kau.Yang dalam akaun kau tu,nafkah."Khail memberitahu.

Mata Ellysa bertambah bulat sebelum dia tersenyum gembira.Sampul surat itu dibuka.Lantas memaparkan satu jumlah wang berangka 4 disitu.

"Wah!!!Thank you so much Khail!Uhuk,tersentuh hati ku ini.Makin bertambah-tambah sayang tau!"Ellysa membuat muka comel.

Laju sahaja dia berlari lalu memeluk tubuh tegap itu.Huhu,terharu siak!Bukan gilakan harta cuma tak sangka pula Khail akan bagi nafkah pada dia.

Ingatkan upah jadi isteri tu dah termasuk dalam nafkah.Rupanya separated!Lagi pula,tidak sangka tinggi juga darjat dia dimata Khail.

Khail yang terkejut dengan pelukan tiba-tiba dari isterinya itu hanya kaku sahaja.

"Ishh,kau ni kenapa pulak?Demam denggi?"Khail menolak perlahan Ellysa yang masih memeluknya itu.

Ellysa yang pada mulanya diasak rasa terharu yang memekar kembali layu.Dia menolak dada Khail dengan muncung sedepa.

Mulut mamat ni,tak pernah ada insuran!Huh,menyampah pulak kita!Tangan disilangkan di dada.

Jelingan tajam dihadiahkan.Khail pasang senyum kecil.Comel pula tengok Ellysa dengan muncung sedepa itu.

Gadis itu kian memusing badan ingin ke sofa.Namun Khail terlebih dahulu menarik tangan Ellysa sehingga membuatkan gadis itu terdorong ke belakang.

Wajah Ellysa masih masam.Ditambah pula ditarik sebegitu,rasa bengang makin bertambah.Nak aja dia luku kepala Khail nasib ada pangkat 'suami' kalau tak memang benjol kepala!

"Kenapa?Merajuk?Dahlah,aku tak berminat nak pujuk tahu tak?"Khail menahan tawa.

"Ada saya suruh awak pujuk?Ada?Ada ke?"Ellysa membalas.

"Tak ada tapi kau ingat hati aku ni tenteram ke tengok kau macam ni?"Khail bertanya sambil meletakkan sebelah tangannya dibahu Ellysa yang masih membelakanginya itu.

Ellysa mencebik.Hek eleh!Ayat boleh blah!Tak tenteram konon.Entah-entah berkepuk mengata aku gila harta dalam hati!

"Ayat boleh blah!Cair saya dengar tau Khail.Nasib tangan je melting.Hati alhamdulillah masih sejuk membeku!"Selamba sekali Ellysa membalas.

"Oklah tu cair.Tak adalah aku nak susah-susah pujuk kau yang meroyan ni!"Khail menghamburkan tawa.

"What?!Oh,mulut.Tadi minum air longkang ehh?Sedap?Ingat nak try sikit.Tapi tak apalah takut mulut jadi tak bermoral pulak!"Ellysa membulatkan mata.

"Okay lah tak bermoral mulut janji hati bermoral!Sejuk membekulah kan?"Khail memulangkan paku buah keras.

Ellysa kacip gigi.Geram nya Ya Allah!Rasa macam nak humban kelaut aja rasanya.Relax Ellysa relax.

Malas mahu bertikam lidah lama-lama dengan mamat gila ni,Ellysa mengangkat kakinya untuk bergerak semula ke sofa.

Cakap dengan dia,pasti akan kalah aja!Mulut Alluakbar!Takbir!Teruk betul.

Sekali lagi tangannya ditarik.Ellysa mendongak.Menatap tepat ke arah Khail yang sudah tersenyum itu.

Mulut memang lah tak ada insuran.Tapi kalau bab bibir.Senyum dia pergh!Terus sup!!Ke hati.

"Oklah.Aku minta maaf.Puas hati?"

"Hmm,tahu tak kata-kata itu satu doa?Kang kena betul sapa pulak nak jadi isteri awak nanti?"Ellysa menggumam.

"Yelah-yelah."Khail beralah juga akhirnya.Kan dia dah kata,dia akan jadi mudah beralah kalau orang tetiba peluk dia.

Akhirnya Ellysa tersenyum.Ha,kan elok cam ni!Sejuk mata memandang.

"Oh ya,saya nak tanya."Ellysa memulakan kata.

"Hmm apa?"Khail berjalan ke sofa lalu duduk disitu.Tangan longlai ke sisi sambil memejam mata.

Ellysa mengambil tindakan yang sama lalu duduk disebelah Khail yang masih menutup mata itu.

"Apa yang Keysha nak kata tadi?Adellia tu awak punya apa?"Ellysa terus menyoal.Tak nak lah nak menyimpang jauh,buat kering air liur sahaja.

Khail membuka mata lalu mata dilirik sekilas ke arah Ellysa yang setia menanti jawapan.Dia bangun dari duduk lalu berdiri.

"Pergi siap.Kita keluar makan."Khail berkata tanpa menghiraukan soalan isterinya itu.

"Nanti dulu Khail!!"Ellysa bangun lalu bergerak laju ke arah Khail yang sudah ingin pergi ke pintu.Dengan pantas tangannya mencapai lengan kekar Khail itu.

"Tunggu dulu.Awak masih tak jawab soalan saya!"Ellysa sedkit membentak.Bukan namanya Aireen Ellysa lah kalau tak korek rahsia ni!

Terdengar Khail merengus kasar.Serta merta dia merentap tangan Ellysa dari lengannya lalu menolak Ellysa hingga terbaring di atas katil.

Gadis itu terjerit kecil.Kedua-dua belah tangan dicengkam Khail.Mata perlahan-lahan dibuka lalu terus ke anak mata bewarna hitam pekat itu.

"Kau boleh tak jangan tanya apa-apa sekarang ni?"Khail berdesis mendatar.

"Kenapa saya tak boleh tanya?"Ellysa menyoal pula.Khail merengus lagi.

"Kau jangan nak buat aku rasa serba salah boleh tak Aireen Ellysa?Jangan buat aku macam ni boleh tak?"Khail sedikit membentak.

Cengkaman di tangan Ellysa semakin kuat.Ellysa tersentak.Apa..Apa maksud Khail?Dia buat apa?Dari sinar mata Khail dapat dia lihat satu perasan disitu.

Berat,penat dan... Pedih.Itu yang dia nampak.Air mata mula bergenang di tubir mata.Dia juga kurang pasti kenapa tapi mata suaminya yang seperti menanggung sesuatu itu membuatkan dia terasa pedih yang sama.

Sebelah tangan Khail terlepas dari cengkaman.Ellysa mengambil peluang untuk memaut leher Khail lalu...

Cup!

Khail terkaku sendiri.Mata sedikit membesar.Cengkaman sebelah lagi turut terlepas.

Apa...Apa yang tak kena dengan dirinya ini.Pipi kirinya terasa hangat.Ellysa trsenyum nipis.Khail hanya menatap anak mata dihadapannya itu.

Gadis ini...gadis ini...Memang tak boleh tahu pasal semuanya.Takkan....

#Do comment if u wanna watch next chap!
#Sorry yer kalau kurang best...idea macam tak brapa out time ni xp

Bca n comment ye!Hoping fr ur comments!! ^_^..Love you guys!Pendek ke?Kalau korang rasa pendek bagi tahu ye!Sis try pnjgkn untuk next chap!Still in draft!

Share this novel

Nor Azlina
2021-07-30 17:40:23 

rahsia apa yg disembunyikan


NovelPlus Premium

The best ads free experience