Bab 9

Humor Completed 25960

Sesudah sampainya Ali dirumah selepas pulang bertemu Isya, dia hanya berkurung di dalam bilik sahaja. Ingatannya amat terdorong untuk mengingati kejadian itu.

“Ali, kau nak tahu. Damia tu sweet jugak orangnya. Dia sudi membalas kiriman surat aku siap masukkan bunga ros lagi dalam surat ni.” Aiman memberitahu Ali sambil mencium surat kiriman daripada Damia ketika mereka sedang berbaring di dorm pada masa itu.

“Dia balas apa ?’’ jawab Ali acuh tidak acuh.

“Dia cakap dia pun sudah lama menyimpan perasaan yang sama dekat aku, cuma dia tidak berani berterus terang sahaja, biasalah perempuan Ali. Malu tapi mahu” Aiman ketawa ceria.

Ali terpana mendengar jawapan Aiman. Sangkanya Damia akan mengatakan tidak kerana dia dapat rasakan Damia mempunyai rasa yang sama dengannya.

Mulai daripada kejadian itu dia dapat melihat, Aiman sering berutus surat dengan Damia dan adakalanya Aiman akan keluar outing bersama Damia, dan dia merupakan orang yang paling tidak minat sekali ingin mengetahui kisah cinta Damia dan rakannya itu. Selepas tamatnya SPM dia terus berhenti daripada menghubungi rakan-rakannya itu sehingga sekarang.

“Perlu ke aku pergi majlis ni?” dibacanya butir-butir yang tertera di kad itu.

MAJLIS REUNION PELAJAR SPM TAHUN 2002

Ex student SMK PUTERA

Ex student SMK PUTERI

Date : 22 JULY 2012(SUNDAY)

Time : 8.00 pm-11.00pm

Venue : Restoran Tertutup Terapung, Umbai. Melaka

Diletakkan kad itu di sisi katilnya lalu dia tidur tanpa sempat membuat keputusan mengenai kehadirannya ke majlis itu nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience