Bab 4

Humor Completed 25960

“Mia !!!”

jerit rakan-rakannya yang sedang duduk di salah satu meja di dalam dewan sekolah milik S.M.K Putera. Damia sempat memerhati susun atur meja dan kerusi di dewan itu sebelum menuju ke arah rakan-rakannya. Disebelah kanan dewan menempatkan pelajar lelaki S.M.K Putera manakala di sebelah kiri pula ialah pelajar perempuan S.M.K Puteri. Pada malam inilah dilansungkan majlis makan malam.

“Kenapa lambat Mia ? kami ingatkan kau dah tak datang tadi, macam mana atok kau dah okay belum?” soalan bertubi-tubi keluar daripada mulut kepoh milik Ain.

“ Kot ya pun bagilah aku duduk dulu” ujar damia masih sempat berseloroh lantas menarik kerusi dan duduk di sisi Nadia kerana di situ sahaja yang masih ada kosong. Ain hanya mampu tersenyum mengenangkan sikapnya yang tidak sabar-sabar ingin menyoal Damia.

“Sorry lah geng, bukan korang tak tahu dengan mama aku tu. Janji nak hantar pukul 6, tunggu punya tunggu, pukul 7 baru mama aku balik dari butik dia. Atok aku alhamdulilah keadaan dia dah beransur pulih” sambungnya pula. Damia geram sendiri mengenangkn mamanya, Damia terpaksa pulang kerumahnya semalam kerana dijemput oleh kedua-dua ibu bapanya gara-gara datuknya telah diserang penyakit jantung.

“Alhamdulilah.” Ucap mereka bertiga serentak. “Tapi Mia, kau cantik sangat malam ni. Kami sempat berfikir dua,tiga kali sebelum berniat memanggil kau, bukan apa takut-takut kami tersalah orang..he..he..he.”

Puji Balqis iklhas sambil matanya meliar ke arah Damia. Damia mengenakan kebaya nyonya bertanah hitam dan bunga-bunganya berwarna jingga, rambut panjangnya yang lurus hasil rawatan teknik rebonding dilepaskan bebas dan disuaikan lagi dengan headband bermotifkan reben, digayakan pula dengan kasut tumit tinggi berwarna putih dan dia mengenakan mekap yang tipis tapi cukup menawan.

“Ini semua idea mama aku, dia yang suruh aku pakai baju ni dengan high heel ni. Katanya, kalau aku tak mahu pakai, dia takan hantar aku sampai sini, mendengar sahaja ugutan mama aku tu apalagi aku pun ikut jelah.” Damia menunjuk ke arah kasut tumit tingginya yang sepanjang 3inci iaitu hakmilik mutlak mamanya. Membuatkan dia yang tinggi kelihatan semakin tinggi.

“Yang penting kau nampak cantik Mia.” Nadia pula mencelah.

“Korang cakap aku, tapi korang pun sama. Cantik-cantik belaka kawan-kawan aku malam ni.” Matanya memandang seorang demi seorang rakan-rakannya sambil tersenyum senang. “Jom teman aku ambil makanan, aku malu lah” lantas dia mengheret tangan Nadia menuju ke arah meja buffet. Nadia pula bagaikan lembu dicucuk hidung hanya mengikut langkah kaki Damia.

Di satu sudut yang lain Ali dan rakan-rakannya sedang duduk di meja yang agak tersorok tetapi mata mereka meliar ke arah meja yang menempatkan Damia dan rakan-rakannya. Sangkanya Ali, Damia sudah tidak hadir kerana hanya kelihatan rakan-rakannya sahaja sebentar tadi. Ali dan rakan-rakanya berpakat untuk mengenakan baju melayu siap bersampin. Yang membezakan mereka hanyalah gaya rambut dan warna baju masing-masing.

“ Ali, baru malam ni aku perasan mereka berempat ni cantik-cantik belaka” Kata Hakim sambil matanya memandang tepat ke arah empat sekawan itu. Nadia yang mempunyai bentuk tubuh yang lansing sangat sesuai dengan baju kurung moden tu, dengan rambutnya yang disanggul ala-ala pramugari dia kelihatan sangat cantik.” Tambahnya lagi bagaikan ala-ala seorang pengkritik fesyen professional.

“Rupa Ain yang lebih mirip kepada cina pula kelihatan sangat sesuai dikenakan dengan cheongsam tu.” Aqiff pula mencelah dengan matanya hanya tertancap ke arah Ain sahaja.

“ Walaupun Balqis hanya mengenakan baju kurung biasa tetapi tidak mencacatkan sedikitpun kecomelan dia.” Giliran Aiman pula memuji salah seorang rakan damia.

Ali akui apa yang rakan-rakannya katakan memang benar, tetapi dia tidak akan sekali-kali memuji Damia walaupun Damia kelihatan paling cantik diantara rakan-rakannya, mana mungkin dia akan memuji musuhnya sendiri. Justeru dia hanya mendiamkan diri dan meneruskan suapannya untuk menghabiskan mee hoon gorengnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience