Bab 8

Humor Completed 25960

Ali menilik dirinya ke kiri dan kanan dihadapan cermin, setelah merasakan penampilannya sempurna bersama kemeja putih yang dilipat legannya sehingga mencecah siku, short pantz berkain jeans bersama wangian polo sport kegemarannya, dia melangkah keluar daripada biliknya dan bergerak menuju ke kereta Mistubhishi Evo miliknya. Kini dia sudah bergelar seorang ‘pilot’ di usia yang baru mencecah 26 tahun. Syed Ali Syakir kini bukan lagi Syed Ali Syakir yang dahulu, dia kini menjadi lebih matang dan menjadi kegilaan anak-anak gadis rakan perniagaan papanya.

Dari jauh dia leka memerhati sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. ‘Benarkah itu dia?’. Soal hatinya pula. Gadis yang amat dirindui nya kini berada betul-betul dihadapan matanya bersama seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 4tahun sedang menjamu selera di AEON Bandaraya Melaka.

Punahlah harapan dia untuk memiliki gadis itu sekali lagi. Dulu dia pendamkan perasaan ini apabila mengetahui rakannya menyimpan perasaan terhadap gadis ini. Sekarang pula dia terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa gadis ini sudah berkahwin. Mungkin dia dan Aiman, sudah berumah tangga. Rintihnya di dalam hati namun lamunannya terganggu apabila tangannya ditarik lembut oleh seorang gadis.

“You tercegat dekat situ kenapa Ali? cepat lah. Wayang dah nak start ni. I dah tak sabar nak tengok cerita tu.” Ujar Isya iaitu anak kepada rakan ibunya yang dicadangkan supaya menjadi tunangannya kelak, jika dia berminat.

“okay, maafkan i. Jom” balasnya pula sambil meleraikan pautan tangan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience