Bab 10

Humor Completed 25960

“Mana lah pergi mamat sorang ni ya, yang lain ada jugak dengar khabar berita. Dia ni terus lesap macam tu je lepas tamatnya SPM. Dengar kata result SPM pun pembantu ayah dia yang tolong ambilkan.” Damia berkata seolah-olah kata-kata itu ditujukan kepada dirinya sendiri sedangkan tangannya sibuk memegang gambar Ali dan dirinya semasa di sekolah dahulu.

Dulu aku benci bila nampak muka kau, tapi apabila aku melihat perubahan kau aku jadi rindukan kau. Rindu dengan usikan kau, rindu nak pandang wajah marah kau apabila kita sedang bertengkar, kalau lah takdir dapat menemukan kita semula mungkin aku akan bina kembali permusuhan kita menjadi sebuah persahabatan yang lebih bermakna. Bisik hati kecilnya pula.

“Mama..mama” pangilan si kecil itu mencantas lamunannya sebentar tadi.

“Ya sayang.. ada apa cari mama ni?. “ lalu dia mencium kedua-dua belah pipi kanak-kanak kesayangganya itu yang dijaganya sejak kemerah-merahan lagi.

“Nak ido nan ma, Ani nak ido nan ma” rengeknya pula sambil memanjat katil milik Damia.

“Lah, kan Wani kena tidur dengan nenek malam ni” dikerling jam yang berada disisi katilnya. Pertanyaannya dipandang sepi oleh Hawani kerana si kecil itu sudah memejamkann matanya. Satu kucupan penuh kasih sayang diberikan kepada Hawani, lalu Damia turut memejamkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience