Bab 3

Humor Completed 25960

“Aku teruja gila weh nak pergi majlis tu nanti! Bukan senang nak dapat peluang bercampur dengan pelajar S.M.K Puteri.”

Aqiff memecahkan kesunyian diantara mereka berempat. Ketika itu mereka sedang berbaring di atas katil masing-masing selepas tamatnya waktu prep di asrama pada malam itu.

“Kau ingat kau je teruja, aku pun sama. Aku dah fikir nak bergaya macam mana malam tu. Nak bagi seluruh pelajar S.M.K Puteri tergoda bila tengok aku nanti. Mesti handsome habis aku malam tu.” Hakim pula bersuara sambil otaknya ligat memikirkan gaya yang sesuai untuknya bagi acara makan malam pelajar tingkatan lima antara sekolah S.M.K Putera dan S.M.K Puteri itu nanti.

“Aku pun sedang fikir, aku ingat nak ubah sikit stail rambut aku. Kalau selama ni rambut aku kusut masai je. Malam tu nanti aku akan pastikan rambut aku up to date. Biar tenganga mulut pelajar S.M.K Puteri tengok siapakah gerangan Aiman yang sebenarnya.” Aiman pula menyampuk dengan hidungnya dikembang kempiskan.

Meletus ketawa daripada Aqiff dan Hakim mendengar ayat yang telah diutarakan oleh Aiman. Aiman yang dikenali sebagai seorang yang pendiam juga ingin tampil hebat dan ingin mencuri tumpuan oleh pelajar perempuan S.M.K Puteri, apatah lagi mereka yang sudah terang-terang menunjukkan minat terhadap pelajar S.M.K Puteri yang rata-rata nya cantik dan bergaya.

“Yang kau ni Ali, kenapa diam je dari tadi ?.” Aqiff menepuk lembut bahu Ali yang tidur bersebelahan katilnya, dia pelik mengenangkan sikap Ali pada malam itu yang lansung tidak menyertai perbualan mereka. “Ha Ali! kau kenapa ? something wrong ? ke kau tengah fikirkan Damia ni?” tambah Hakim pula dengan niat mengusik rakannya itu.

Ali tersentak kerana apa yang diperkatakan oleh Hakim ada benarnya, memang dia sekarang sedang memikirkan Damia iaitu musuh ketatnya.

“Aku cuma terfikir mengenai tema majlis tu nanti iaitu bertemakan pakaian tradisional masyarakat malaysia , agak-agaknya apalah Damia tu hendak pakai ek?.” Jawab Ali sambil bangun untuk duduk tegak di atas katil dan memandang ke arah kawan-kawannya.

“Aku rasa dia mestilah berbaju kurung moden, kena pulak baju kurung berwarna hitam dan merah diserikan lagi dengan rambut panjangnya yang direbondingkan tu, mesti Damia nampak lain.” Jawab Aiman yakin dengan penyataannya mengenai gadis itu.

Ali, Hakim dan Aqiff menghemburkan ketawa mereka selepas mendengar ayat yang terpacul keluar daripada mulut Aiman kerana selama mereka mengenali Damia, Damia seorang yang tidak suka mengenakan baju kurung walhal ketika keluar outing pun mereka melihat Damia tidak berpakaian baju batik seperti pelajar asrama yang lain.

“Kau jangan mengarut lah Man, Damia tu pakai uniform sekolah pun lengan baju nya selalu disingsingkan sampai ke atas. Manalah damia nak pakai baju kurung kemas-kemas macam orang lain, dia tu ganas orangnya.” Jawab Ali sambil meneruskan sisa tawanya mengenangkan Damia.

“Tapi ada benarnya jugak cakap si Man ni, badan Damia tu kan ala-ala model, kalau dia pakai baju kurung moden mesti dia nampak cantik.” Hakim membayangkan Damia mengenakan baju kurung moden, walaupun dia lelaki dia tahu juga mengenai jenis baju kurung kerana dia mempunyai seorang kakak.

“Takde maknanya Damia yang ganas tu nak berbaju kurung moden, daripada kita semua memikirkan Damia, lebih baik sekarang kita tidur. Esok kalau lambat bangun, takut kena berebut bilik mandi dengan budak-budak ni.” ujar Ali lalu baring dan menarik selimutnya menutupi badan sasa miliknya dengan diikuti oleh Aiman,Aqiff dan Hakim. Inilah adat tinggal di asrama, perlu bangun lebih awal,prep mengikut jadual, riadah pada masanya dan solat mengikut waktunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience