Bab 6

Humor Completed 25960

Mata Balqis leka memerhati sekeping gambar yang diambilnya dibawah laci meja Damia, sepadan. Bisik hati kecilnya.

“ Hah Qis ! kau tengah tengok apa tu ?!” .

“Ish kau ni Ain, slow lah sikit. Nanti Damia perasan kang tak pasal-pasal dia marahkan aku.” Tegur Balqis sambil menegendurkan sedikit suaranya. Takut didengari oleh Damia yang sibuk bergosip di hadapan kelas bersama rakan sekelasnya yang lain sambil ditemani oleh Nadia.

“ He...he...he...,sorry ar beb. Eh ! gambar siapa tu ?” tanya Ain lagi, kerana dia perasan bahawa tadi Cikgu Anatalia menyerahkan sekeping gambar kepada Damia dan apabila mereka sibuk bertanya, Damia cepat-cepat menyimpannya dibawah laci meja miliknya.

“Siapa lagi kalau bukan Damia dan Ali masa jamuan malam tu.” jawab Balqis sambil memberi gambar tersebut untuk dilihat oleh Ain pula. Dia terkenangkan perangai-perangai Ali dan Damia yang tak ubah seperti anjing dan kucing.

“Kau perasan tak Qis, mereka berdua ni secocok kan ? sama tinggi, sama putih..Cuma Damia lagi putih sikit, kalau Ali bermata sepet Damia pula bermata bulat, kontra betul diorang ni.” ujar Ain sambil ketawa memandang gambar rakannya itu, manakala Balqis pula menganggukkan kepalanya tanda setuju mengenai apa yang telah Ain cakapkan.

“Kau rasa Mia tu ada perasaan dekat Ali tak ?” tiba-tiba Balqis terdetik ingin menanyakan soalan yang sudah lama tersimpan di benaknya itu terhadap Ain.

“Aku rasakan ada, masakan selalu bergaduh tapi tiada apa-apa perasaan. Lagi satu aku perasan Ali ni sibuk aje memandang Mia masa dinner malam tu, aku rasa dua-dua simpan perasaan terhadap diri masing-masing. Tapi, status diri mereka sebagai musuh tu lah yang menghalang mereka untuk mengaku mengenai perasaan mereka sendiri.”

Ain menjawab panjang lebar sambil otaknya ligat berpusing memikirkan pandangan mata Ali yang tidak jemu memerhati Damia daripada jauh pada malam itu. Balqis sudah ketawa geli hati melihat cara Ain yang begitu asyik memikir mengenai Ali dan Damia.

“Kita sekolah dah tinggal tak beberapa bulan je lagi, selepas tamat SPM maka kita akan meneruskan minat masing-masing mengikut pilihan kita sendiri, masa tu nanti kita semua mesti dah jarang boleh berjumpa macam ni lagi. Aku rasa dalam tempoh yang masih bersisa ni, aku nak pulihkan hubungan Ali dan Damia.”

Balqis memberikan cadangan kerana dia sedar punca pergaduhan Damia dan Ali ialah berpunca daripada dirinya sendiri.

“Tapi macam mana caranya ?” tanya Ain tidak sabar.

“Err...yang tu aku fikir kemudian.” Kata-kata balqis itu disambut tawa oleh Ain. Ain cepat-cepat memasukkan gambar yang diambil nya daripada Balqis ke dalam laci meja milik Damia apabila dia sedari Damia dan Nadia sedang menuju ke arah mereka.

“Amboi budak berdua ni, ketawa sakan nampak.” Tegur Nadia lalu duduk di tempatnya iaitu di sisi Ain.

“Ooooo...kau ketawa sakan depan tu takpe pulak, bila turn kitorang tak boleh ?” balas Ain sambil menjegilkan mata sepet miliknya pura-pura marah.

“Amboi Ain Ariff, aku gurau pun kau nak emo. Datang bulan eh ?.” usik Nadia nakal siap menyebut nama Ain sekali berbintikan bapanya.

Kata-kata Nadia itu disambut tawa oleh mereka berempat, diantara mereka Nadia lah yang sering menghiburkan hati mereka tiap masa kerana perangai nya yang suka menyakat orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience