Bab 11

Humor Completed 25960

“Abang, penat ? banyak kerja dekat ofis harini ?” ujar si isteri penuh sopan dengan perut yang memboyot tanda-tanda bakal ada orang ketiga diantara mereka tidak lama lagi.

“Penat yangg, kerja bertimbun sebab tu abang lambat balik. Kesian isteri abang ni, mesti rindukan abang.” Aiman mengusap lembut perut isterinya. Kerjanya sebagai seorang lawyer menghadkan masanya untuk bersama isterinya di rumah, selamatlah isterinya tinggal bersama ibu nya, jadi sedikit sebanyak dia tidak khuatir mengenai keselamatan isterinya.

“Abang agak-agak Ali datang tak majlis tu nanti ?”

“Entahlah yangg, majlis ni kita yang anjurkan dengan tujuan dapat kumpul kembali beramai-ramai macam dulu. Abang berasa bersalah terhadap Ali, sebab abanglah Ali banyak berubah. Ali tidak macam dulu lagi. Dengan rakan yang-rakan yang lain pun dia dah kurang bemesra tapi tak sangka pulak dia sampai putuskan hubungan dengan kami semua.” Ujarnya kesal.

“Abang, yangg pun rasa yangg bersalah dalam hal ni. Kita berdoa je lah pada yang MAHA ESA agar kita dapat bertemu Ali lagi, yangg nak mintak maaf padanya.” Ucap isterinya sayu.

“Dah lah sayang, jangan sedih macam ni. Nanti sedih pulak baby kita dalam perut tu, tengok mummy dia sedih, abang nak mandi dan solat dulu. Sayang siapkan makan malam, abang dah lapar ni” Aiman mengusap-ngusap perutnya. Ini lah kelebihan berkahwin, bila penat pulang dari kerja ada sahaja yang melayan kerenah kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience