Bab 5

Humor Completed 25960

Acara malam itu diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah kedua-dua buah sekolah itu, ucapan pengetua S.M.K Putera dan S.M.K Puteri, wakil pelajar kedua-dua buah sekolah tampil untuk membacakan ikrar serta diteruskan lagi dengan persembahan oleh pelajar yang terlibat.

“Bilalah majlis ni nak habis ? aku dah mengantuk sangat ni.” ujar Balqis sambil kepalanya dilentokkan ke bahu Damia.

“Alah sabar lah Qis, dah nak habis ni. Lepas diorang ni buat persembahan habis lah.”

Balas damia bagi menyejukkan hati Balqis padahal dia sendiri masih tertanya-tanya bilalah majlis ni akan berakhir. Tiba-tiba matanya terpaku terhadap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya.

Handsome jugak mamat ni pakai baju melayu ek, tapi kenapa dia pakai baju warna pink. Jambu betullah. Selamat lah rambutnya yang pacak-pacak kelihatan sesuai dengannya. Eh kenapa aku bermurah hati sangat nak puji dia ni. Gumam hati kecil Damia tetapi matanya masih terpaku ke arah sesusuk tubuh milik lelaki itu. Cepat-cepat dia mengalih matanya apabila dia sedari sesusuk tubuh tadi menyedari pandangannya. Malu nya aku,jangan dia perasan sudah. Bisik hatinya lagi.

Eh Damia pandang aku ke tadi? takkan dia pandang aku pulak kot, tapi mata aku memang nampak dia pandang aku tadi. Ish, perasaan aku je kot. Ali berteka teki di dalam hatinya kerana dia perasan tadi bahawa Damia sedang memerhatikannya.

“Bagi menutupi majlis pada malam ini....” mendengar sahaja akan perkataan menutupi yang terpacul keluar oleh pengerusi majlis, pelajar-pelajar S.M.K Putera dan S.M.K Puteri terus mendongakkan kepala masing-masing. Hilang sudah rasa mengantuk yang mereka hadapi.

“Diminta semua pelajar bertenang, majlis kita masih belum berakhir, kerana kita masih ada satu pemilihan wajib yang menjadi adat sekolah kita turun temurun iaitu memilih salah seorang pelajar S.M.K Putera yang berketrampilan menarik bagi dinobatkan sebagai ‘Prince Of The Year’ dan memilih seorang daripada pelajar S.M.K Puteri yang berketrampilan menarik bagi dinobatkan sebagai ‘Princess Of The Year’ dengan mendapat hadiah misteri yang telah disediakan oleh pihak sekolah...” usai menghabiskan ayat itu pengerusi majlis itu berhenti seketika.

“pemenangnya ialah......” debaran yang hebat dirasakan oleh para pelajar kedua-dua sekolah itu. “Bagi kategori Prince Of The Year S.M.K Putera, pelajar yang dipilih ialah.....Syed Ali Syakir Bin Tan Sri Syed Amir.”

Ali seolah olah baru terjaga daripada lena yang panjang apabila namanya disebut sebagai pemenang. Sesudah itu tepukan gemuruh kedengaran bergema di dalam dewan itu. Antara percaya dan tidak apabila hantu sekolah dapat gelaran sebegini.

“Ali , kan nama kau tu. Cepat naik atas pentas!!!.” Ujar rakan-rakannya. Usai Ali bergerak naik ke atas pentas dan menerima hadiah misteri beserta sejambak bunga dia diminta untuk terus tunggu disitu bagi sesi bergambar.

Pengerusi majlis meneruskan lagi ayatnya. “Manakala bagi kategori Princess Of The Year S.M.K Puteri, pelajar yang dipilih ialah.....Damia Adrina Binti Dato’ Kamarulazaman.

Damia menyumpah seranah di dalam hatinya, dia tidak kisah apabila Ali memenangi pertandingan sebegini, yang dia kisah ialah dia turut memenangi pertandingan dimana musuhnya turut menang. Lalu Damia mengatur perlahan langkah kaki nya menuju ke atas pentas. Melihat sahaja tuan empunya diri yang naik, usikan manja mula tercetus di bibir-bibir nakal pelajar lelaki S.M.K Putera.

Usai penerimaan dan sesi mengambil gambar ‘Prince Of The Year’ dan ‘Princess Of The Year’ maka berakhirlah majlis itu. Muka Ali dan Damia masing-masing mencuka apabila terpaksa digandingakn bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience