Bab 2

Humor Completed 25960

Seluruh warga S.M.K Puteri sibuk memperkatakan mengenai notis baru yang ditampal di papan kenyataan sekolah, tetapi lain pula yang dirasai oleh Damia. Baginya, berita itu bagaikan batu besar yang menghimpap dirinya. Disebabkan berita itu lah dia sugul seharian sehingga sekarang.

“Opocoot mak kau pergi dinner!!!.”

Mendengar sahaja perkataan yang terpacul keluar daripada mulut Damia, seisi kelas mentertawakannya.

“Nad!!!” marahnya terhadap Nadia kerana dia dapat mengagak bahawa kerja itu dilakukan oleh Nadia kerana Nadia sahaja duduk berdekatan dengannya berbanding Balqis dan Ain.

“Ha...ha..ha.., tu lah Mia, orang lain sibuk mengulangkaji pelajaran kau sibuk mengelamun, kan dah kena” ujar Nadia. Dia telah membaling buku tepat ke muka Damia sehingga menyebakan Damia melatah akibat terkejut.

“Apalah kau ni Nadia, macam mana aku nak study kalau otak aku ni tengah melayang-layang pergi tempat lain, runsing betul.” jawab Damia, fikirannya amat terganggu memikirkan berita yang telah dibacanya di papan kenyataan ketika waktu rehat pagi tadi.

“Lah, chill lah Mia, olahragawati S.M.K Puteri mana boleh runsing macam ni. Malu lah sekolah nanti”.

Usik Nadia lagi, walhal dia tahu, Damia mesti tengah memikirkan baju apa yang sesuai dia peragakan pada majlis jamuan makan malam yang melibatkan pelajar-pelajar S.M.K Putera dan S.M.K Puteri. Majlis wajib pada setiap tahun untuk pelajar tingkatan lima, maka wajiblah semua pelajar bergaya sakan pada malam itu.

“Eh kau ni Nad! mana ada aku fikir pasal tu, kau ingat aku dah tak ada kerja lain ke asyik fikir benda tu je. Baik aku study, dari melayan kau, alamatnya sampai esok pun aku tak study” Damia pura-pura sibuk menelaah subjek physics bagi menutup mulut Nad untuk mengorek rahsia yang berada di fikirannya. Sedangkan apa yang Nad kata itu memang ada benarnya.

“Dengan aku pun kau taknak mengaku ke Mia ? yalah, takpe.”

Nadia pura-pura merajuk. Ain dan Balqis hanya menggeleng kepala mengenangkan perangai rakan mereka. Belum sempat Damia membalas tiba-tiba satu suara kedengaran sayup-sayup di telinga mereka “Masa prep pun sibuk borak lagi ya Nadia, Damia?” tegur Cik Rosmawati, iaitu warden yang ditugaskan untuk memantau setiap bilik prep pada malam itu mematikan kata diantara mereka berdua. Apalagi kedua-duanya pura-puralah sibuk menelaah pelajaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience