Bab 12

Humor Completed 25960

“Perlu ke aku pergi ni.” sambil kakinya tetap melangkah ke restoran yang telah tertera di dalam kad jemputan yang diterimanya.

Ali terpaku melihat suasana yang berada didalam restoran itu sesudah sampainya dia disitu kerana rata-rata hadirin yang ada disitu ialah kenalannya di sekolah tempatnya belajar dahulu.

“Ali!!!!” Lantas dia menoleh dari mana datangnya arah itu dan dia dapat melihat dengan jelas Hakim sedang menuju ke arahnya.

“Ali ! mana kau menghilang selama ni ? tukar nombor telefon pun tak bagitahu. Apa jenis kawan kau ni” marah Hakim sambil menepuk lembut bahu Ali.

“Sorry geng,panjang ceritanya, eh kau apa khabar?.” Jawab Ali tanpa menjawab pertanyaan Hakim. Biarlah itu menjadi rahsia dirinya.

“Aku alhamdulilah, masih sihat macam dulu. By the way, aku sekarang sedang mengusahakan resort milik family aku di Langkawi. Bawak lah anak bini kau datang sana.” Ajak Hakim besungguh-sungguh

“Ada diskaun tak ?’’ seloroh Ali pula.

“Untuk kawan-kawan mestilah ada. He...he..he, kau kerja apa sekarang ?

“Ali ! “ laung Aqiff pula sambil memeluk erat tubuh Ali. Sungguh dia amat merindui sahabatnya seorang ini.

“Aqiff, handsome kau sekarang.” Puji Ali dan terlupa menjawab pertanyaan Hakim. Mereka tergelak sendiri kerana tidak sangka mereka mengenakan baju melayu yang sama ketika majlis zaman persekolahan dahulu.

“ Kau pun apa kurangnya Ali, badan makin sasa. Kulit makin putih. Entah-entah dah jadi model.” Teka Aqiff.

“Ha..ha..ha.. banyak lah kau punya model”

“Kalau bukan model mesti kau sekarang kerja sebagai businessman di syarikat milik ayah kau.” Teka Hakim pula.

“Nope, aku sekarang dah jadi pilot” mendengar sahaja penyataan Ali, mereka berdua terkejut besar kerana setahu mereka Ali takut akan ketinggian.

“Jangan lah terkejut sampai macam tu bro” ujarnya kepada kedua orang rakannya itu. Matanya tertancap kepada sesusuk tubuh yang paling dibencinya sedang menuju ke arah mereka.

“Ali, kau apa khabar?” tegur pemuda itu ramah.

“Aku macam ni lah, kau pulak ? anak isteri sihat ?” sahaja dia bertanyakan mengenai anak isteri kerana mahu meyakinkan lagi kepercayaannya sendiri.

Aiman terkedu, bagaimana Ali dapat tahu bahawa dia sudah berkahwin padahal mereka sudah lama tidak menghubungi antara saru sama lain.

“Eer..alhamdulilah sihat, isteri aku dan anak aku pun sihat.” Jawab Aiman dengan menujukan perkataan anak kepada bayi yang masih didalam kandungan isterinya.

“Eh, aku pergi tengok orang rumah aku dulu. Nanti aku bawak dia datang sini.” Ujar Aiman sambil berlalu pergi. Ali memandang sepi berlalu nya Aiman dari situ. ‘Aku mesti kuat’. Bisik hati kecilnya. Sedangkan Aqiff dan Hakim hanya menjadi pemerhati sahaja. Kerana mereka mengetahui punca sebenar hubungan rakan-rakan mereka ini.

“Eh kau Ali kan ?” lantas dia menoleh ke arah datangnya suara itu.

“Ain!!” ujarnya sepatah lalu tersenyum ke arah gadis kacukan cina itu.

Damia terperanjat melihat kehadiran Ali disitu. Sampai hati dia tak perasan aku kat belakang ni. Ujar Damia didalam hatinya lalu dia beredar mengikut langkahnya Nadia.

“ Aqiff dan hakim pun ada sekali.” Tegur Ain pada rakan-rakan Ali pula.

“Ya lah, rugi tak datang reunion macam ni. Kau datang dengan sapa ?” aju Hakim menyoal Ain pula.

Lalu Ain tertoleh-toleh mencari sahabatnya.

“Kau cari apa tu Ain ?” Ali merasa pelik

“Aku datang dengan Damia dan Nadia tadi, hah tu pun mereka, jom pergi sana.” Lalu Ain mengatur langkahnya untuk berjumpa dengan nama yang disebutkan oleh Ain tadi.

Mereka bertiga jalan serentak membontoti langkah Ain. Ali merasa pelik kerana Aiman ada memberitahu dia pergi berjumpa dengan isterinya tadi, masakan Ain pula berkata dia datang bersama Nadia dan Damia. Mungkin mereka berdua tumpang kereta Aiman. Jawab hati kecilnya.

“Weh, ni ‘geng’ S.M.K Putera yang takkan luput dalam ingatan sejarah kita” Ain memberitahu rakan-rakannya sambil jarinya menunjuk ke arah mereka bertiga.

“Hi ! “ mereka bertiga menegur gadis berdua itu serentak. Lantas kedua-duanya tersenyum mesra memandang jejaka dihadapan mereka kini. Sudah banyak perubahan. Bisik hati kecil Damia

“Lamanya tak jumpa kan ?” Nadia berbasi-basi sedangkan Damia dan Ain hanya berdiam sahaja.

“Lama gila kot, last kita jumpa pun masa kita menuntut sama-sama di UKM dahulu kan.” Aqiff menjawab.

Ali berfikir sejenak. Rupanya mereka semua belajar di tempat yang sama. Jawab hatinya sendiri. Dia mula berasa pelik lantas dia mengutarakan persoalan. “ Aiman mana Mia?”

“Errr, aku pun belum jumpa dia lagi” balas Damia sambil berfikir, buang tabiat apa mamat ni tanya pasal Aiman dekat aku. Ali terdiam sejenak.

“ Hah Ali, ni ialah Balqis iaitu salah seorang rakan mereka. My wife.” Tiba-tiba Aiman datang mencelah diantara mereka semua dengan menekankan perkataan my wife menunjukkan pada seorang gadis disisinya.

Balqis pula memeluk cium Damia, Ain dan Nadia. Rakannya ketika zaman persekolahan hingga kini. Siapa sangka persahabatan yang Balqis dan Aiman jalinkan untuk menjernihkan keadaan Ali dan Damia akhirnya bertukar kepada percintaan dan seterusnya perkahwinan mereka sendiri.

Ali kelihatan tercengang mendengar apa yang telah Aiman ujarkan sebentar tadi. “Bukan ke kau..” Ali tidak jadi meneruskan ayatnya kerana dia takut Balqis akan tersinggung jika mengetahui isi hati Aiman ketika dahulu. Manakala mereka semua menghamburkan tawa kecuali Ali dan Damia. Mereka berdua jadi kaget disitu.

“ Ali,Mia. First of all kitorang semua nak mintak maaf.” Balqis bersuara.

“Sebenarnya Ali, mengenai perasaan aku masa dulu. Itu Cuma rekaan aku dan Balqis, tujuan kami untuk kamu berdua mengaku perasaan masing-masing. Tapi kami semua tidak sangka apabila kau tahu perkara tu kau berubah 100%, kami cuba jugak nak terangkan keadaan sebenar tapi masa tu kau dah jarang bergaul dengan kami semua.” Aiman pula menyambung.

Ali tekedu, rupanya mereka semua dapat menghidu mengenai kehilanggannya selama ini. Ali terpandang Damia, dan mereka berdua membalas senyuman yang hanya mereka sahaja yang paham.

“err, aku rasa elok lah kami berjumpa rakan yang lain, korang borak lah dulu ya.” Lantas Ain menarik tangan rakan-rakannya untuk memberi ruang bagi merpati dua sejoli itu berbincang.

“ Ali sihat ?” tiba-tiba Damia bertanya untuk memecahkan kesunyian mereka. Tiada lagi perkataan kau dan aku digunakan.

“Alhamdulilah,Mia ?” Ali menjawab dengan perasaan yang agak canggung.

“Sama lah... actually Mia pun tak tahu plan diorang masa tu. Masa Mia tahu pun sejak kami semua menuntut di UKM dahulu. Mia pun mula-mula marah juga tapi Mia pelik kenapa Ali boleh berubah begitu sekali.”

Ali terpempam, tanpa menghiraukan soalan Damia dia bertanya lagi. “Mia kerja apa sekarang ?suami sihat ?” Dia semakin berdebar-debar menunggu balasan daripada Damia. Jika gadis kecil yang dilihatnya bersama Damia beberapa hari dulu bukan anak Aiman. Maka anak siapa ?

Sebab aku tunggu kau lah aku tak kahwin lagi tahu tak, Damia berbisik di dalam hatinya. “Mia kerja sebagai seorang guru sekarang, di S.M.K Puteri jugak. Kahwin pun belum lagi macam mana nak ada suami.” Jawabnya perlahan.

Hati Ali berbunga-bunga riang mendengar apa yang terluah di bibir Damia. “Habis siapa yang Ali nampak dengan Mia masa dekat food court AEON Bandaraya Melaka hari khamis baru ni ?”

“Oooo, itu Hawani, anak saudara Mia. Sejak kematian kakak ipar Mia, Mia yang jaga dia dari kecik sampai sekarang. Mia dah anggap dia macam anak Mia sendiri. Ali kerja apa ?”

Ali teragak-agak untuk menjawab. “Ali jadi pilot” sambil menundukkan wajahnya.

Damia tertawa sendiri, sudah jelaslah kini Damia tidak bertepuk sebelah tangan. Sedangkan dia menjadi seorang guru pun disebabkan dia mendengar jawapan Ali ketika ditanya mengenai pekerjaan wanita yang disukanya ialah seorang guru ketika Majlis Jamuan Makan Malam setelah mereka memenangi anugerah prince and princess untuk dimuatkan kedalam majalah sekolah masing-masing, dan rupa-rupanya Ali juga turut menjadi pilot mengikut jawapan yang dijawab olehnya.

“Damia Adrina, can we start our relationship again ?” tanya Ali sambil menikam mata bundar milik gadis itu.

“insyaALLAH, kalau diizinkan ALLAH”

Jawab Damia ringkas sambil tersenyum penuh makna, dan jikalau jodoh tak kemana juga, persahabatan yang mereka baru jalinkan telah berubah kepada percintaan yang penuh romantis dengan izin ALLAH S.W.T akhirnya Syed Ali Syakir melamar Damia Adrina menjadi hawa dalam hidupnya lantas menjadi co-pilot yang setia menemaninya hingga hujung nafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience