Bab 1

Humor Completed 25960

“Kalau aku kata aku lupa kau, itu bermakna aku gila. Tanpa kau zaman sekolah aku tidak mungkin sebagus ini”-Damia Adrina.

“Kau gadis punya segala, tetapi kau punya gila buat hidup aku tertarik sama”-Syed Ali Syakir

**********

“Kau ni apasal weh? Ingat kau tu anak Tan Sri kau tu dah cukup bagus lah ? sedar tak yang Tan Sri tu bapak kau, bukan kau?, sesedap kopi dan susu je kau nak kutuk aku monyet, panjat pagar segala .” Ujar Damia dengan mata yang membulat ke arah Ali.

Inilah Damia Adrina, anak perempuan tunggal kepada Dato’ Kamarulzaman, setiap mata yang memandangnya pasti akan menoleh buat kali kedua, susuk tubuh nya yang menawan tak ubah seperti susuk tubuh model terkenal tanahair iaitu Nasha Aziz, berkulit putih, mempunyai lesung pipit dan diindahkan lagi dengan sepasang mata yang bundar yang bisa membuatkan sesiapa sahaja tertawan dengannya. Tetapi kecantikannya agak terlindung dek perangai gila-gilanya bersama rakan karibnya di S.M.K Puteri iaitu Balqis,Nadia dan Ain.

“Kau ni dah lebih-lebih cakap bapak-bapak ni, ada aku cakap pasal bapak kau ke hah ? dah memang aku nampak kau macam monyet panjat-panjat pagar, mana ada perempuan buat macam ni, eh selamat lah kau ni perempuan kalau tak dah lama makan buku lima aku ni.” balas Ali sambil mengepal buku lima nya.

Syed Ali Syakir, jika dilihat pada status buku disipilin sekolah tidak percaya bahawa dia ialah anak seorang Tan Sri, sering sahaja menimbulkan masalah disiplin di S.M.K Putera bersama kroninya iaitu Aiman,Hakim dan Aqiff. Pantang sahaja bertemu muka dengan Damia Adrina maka tercetus lah perang mulut di antara mereka bersaksikan ahli kumpulan masing-masing.

“Wah..Wah..Wah.. ada hati kau nak tumbuk aku, kau ingat aku ni perempuan, aku takut nak balas balik tumbukan kau? Orang macam kau ni Ali memang tidak sesuai dijadikan calon suami, sebab kau tu dayus!.” tambah Damia untuk mendidihkan lagi api kemarahan Ali walhal dia akui selama mereka bertengkar Ali tidak pernah berniat hendak mengasarinya.

“ Ali! Damia! Aku mohon supaya korang berhenti bergaduh, kami semua dah penat nak tunggu korang berdua selesaikan pergaduhan yang tak pernah korang selesaikan tu, perut aku, Aqiff dan Aiman dah lapar sangat ni, kalau tak, aku tak ajak kau fly(lari asrama) semata-mata nak makan Nasi Ayam, kau tengok muka Kawan-kawan kau Damia, mereka pun dah pamerkan muka lapar tu.”

Tegur Hakim lembut. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan Damia dan kawan-kawannya di pintu pagar belakang sekolah mereka yang berdekatan dengan pintu pagar belakang S.M.K Puteri. Ini bermakna Damia dan kawan-kawannya turut fly dari S.M.K Puteri untuk ke kedai Nasi Ayam Juara yang sangat terkenal di situ. Manakala jarak diantara S.M.K Putera dan S.M.K Puteri hanya dipisahkan oleh pagar sahaja. Jadi mereka semua sering terserempak ketika keluar waktu outing.

“Aku sokong apa yang Hakim cakap, sudah la Damia, punya lah bersusah payah kita tempuh hutan belukar untuk ke pagar ni, takkan lah kita nak pulang dengan tangan kosong macam ni je, lagipun hari dah hampir malam ni.” ujar Ain sambil mempamerkan wajahnya yang sugul, kerana dia yang memberi idea untuk fly malam ni daripada bilik prep(bilik belajar), dia tidak menyangka akan bertemu dengan musuh Damia di sini dan mereka semua terpaksa mendengar hampir 30minit perang mulut yang tercetus di antara Damia dan Ali.

Manakala Balqis, Nadia, Aqiff dan Aiman hanya mampu memandang sahaja tanpa niat ingin masuk campur. Mereka semua sudah mengenali di antara satu sama lain sejak rakan mereka iaitu Damia dan Ali telah menjadi musuh ketat hampir satu tahun setengah bermula daripada kejadian salah faham diantara Damia dan Ali ketika di bustop depan sekolah mereka ketika pertama kali mereka ingin keluar outing pada tahun lepas. Tetapi mereka hanya mengenali pada nama sahaja,masing-masing tidak pernah bertegur sapa.

“Aku takkan berhenti selagi Ali tak minta maaf dengan aku” ujar Damia selamba, hatinya amat sakit apabila diperli ‘ada monyet panjat pagar’ oleh Ali sehinggakan semua yang ada di situ ketawakannya termasuk lah ‘geng’ nya sendiri.

“Aku takkan minta maaf dengan orang macam kau, muktamad!.” Ali menekankan perkataan muktamad di hadapan Damia membuatkan Damia semakin membuak-buak api kemarahannya.

“Korang sedar tak, lagi lama kita semua duduk sini lagi berisiko nama kita akan tercatit di buku disiplin sekolah. Kalau korang tetap nak bergaduh, teruskan. Aku nak gerak dulu. Jom Hakim, Aqiff.”

Ujar Aiman untuk mematikan pertelingkahan diantara Damia dan Ali,lalu bergerak menuju ke jalan utama untuk ke Kedai Nasi Ayam Juara sambil diikuti oleh Aqiff dan Hakim. Itu lah kuasa veto yang berada di tangan Aiman,dia seorang yang tidak banyak bercakap tetapi apabila dia mula bersuara kata-kata nya umpama tebuan yang menyengat, amat berbisa. Mereka semua yang berada di situ seolah-olah terpaku dan hanya menuruti langkah Aiman termasuk lah Ali dan Damia.

Dalam masa yang sama Damia sempat membisikkan di telinga Ali “kita tak habis sampai sini lagi,ingat!” lantas dia berlari-lari anak untuk mengejar rakannya. Manakala Ali yang mendengarnya hanya mampu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience