BAB 3

Romance Completed 19186

“Err… aku. Aku…,” Aku cuba mencari jawapan. Otak aku ligat memikir tentang alasan yang harus aku berikan.

Ariff pertama itu memandang aku dengan penuh sabar. Mungkin menunggu jawapan dari aku. Sejujurnya aku gerun dengan pandangannya. Entah… nak cakap cair. Aku rasa tak adalah sangat. Just aku cuma gementar bila berhadapan dengan dirinya.

“Aku datang untuk interview kerja,” dengan lantas mulut aku bersuara sedemikian. Kak Yuna memandang aku dengan penuh kehairanan. Mungkin terkejut dengan ayat aku.

“Oh,” Ariff pertama berkata.

“Kau?” giliran aku pula menyoal.

“Aku ada urusan kat sini. Nak blah dah ni. Jumpa nanti. Good luck dengan interview tu.” Sejurus mengucapkan ayat itu pada aku, Ariff pertama itu pun beredar.

Tiba-tiba hati aku dihimpit dengan kelegaan yang mendalam. Entah mengapa. Aku memandang Kak Yuna yang masih memandang aku seolah-olah meminta penjelasan lebih lanjut.

“Mana Amalin kenal Encik Ariff tu?” soal Kak Yuna. Ah… jadi Kak Yuna kenallah lelaki yang baru sahaja beredar itu.

“Oh, kitaorang satu university dulu,” balas aku sambil memandang jam di pergelangan tangan. Ah… lama pula mamat ni. Aku marah Ariff kedua dalam hati.

“Oh.” Kak Yuna menganggukkan kepalanya. “Encik Ariff tu kawan pada tunang Amalin. Diorang satu sekolah dulu.”

Ah... bagaimana mahu hadapi ini.

Aku memandang muka Kak Yuna dengan penuh kejutan. Biar betul? Jadi Ariff pertama dengan Ariff kedua saling mengenali? Ah… tiba-tiba aku risau tak tentu pasal.

“Mana akak tahu?”soal aku cuba menghilangkan rasa risau itu.

“La… Encik Ariff yang bagi tahu. Maksud akak, tunang Amalin yang bagitahu. Diorang sebaya. Pernah satu sekolah dulu tapi tak adalah rapat sangat. Lama jugak tak jumpa lepas waktu sekolah.” Kak Yuna menceritakan apa yang diingatnya tentang Ariff pertama dan Ariff kedua.

Aku menarik nafas. Ah… Ariff pertama dan Ariff kedua saling mengenali. Sebaya. Eh… sebaya? Jadi umur Ariff kedua tu 29 tahun lah? Cis, aku diperdayakan oleh tunang sendiri. Beria-ia dia cakap umur dia 30 tahun masa aku mula-mula kenal dia. Eleh, tua 2 tahun jelah dari aku. Perasan tua sangat lah tu. Aku marah Ariff kedua dalam hati.

“Err…diorang satu sekolah and then nama sama?” soal aku lagi.
“Ha’ah… tapi nama mereka tak la sama sangat. Mungkin nama panggilan je sama. Yang tunang Amalin tu kan nama dia Ariff Hazwan yang Encik Ariff tadi nama dia Hazril Ariff.”

Aku mengangguk. Aku tahu semua itu. Nama penuh Ariff pertama itu tapi nama penuh Ariff kedua itu aku tidak tahu. Yang aku tahu Mama aku suruh aku panggil Ariff saja pada si Ariff kedua yang sah menjadi tunang aku. Tunggu keajaiban sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience