BAB 8

Romance Completed 19186

“Hati aku sakit bila pandang kau. Face to face dengan kau. Sebab itu aku ignore kau. Everytime aku nampak kau dengan mana-mana perempuan, bergurau senda, hati aku sakit. Nak-nak lagi bila aku tahu kau dah ada awek.

Lagilah sakit. Aku cuba nak berborak dengan kau but then, aku tak tahu apa benda yang aku boleh borak dengan kau. Aku nak tegur kau but then aku tak tahu bagaimana. Kau dengan aku berbeza ketika itu. Dulu aku thought aku menyampah dengan kau sebab nama kau. Aku keep telling diri aku yang aku benci kau. Even yang sebenarnya kau tak buat apa-apa salah pada aku,” aku menyambung.

Aku membiarkan aiskrim ditangan aku menitik. Aku perasan Ariff pertama itu memandang aku dengan rasa terkejut. Mungkin terkejut sebab pengakuan aku yang secara tiba-tiba. Ah… akhirnya aku luahkan juga. Mungkin ia sudah terlambat.

Mungkin ia kini tidak lagi membawa apa-apa makna pada aku tapi aku luahkan juga. Terasa bebanan perasaan yang aku simpan bertahun-tahun itu hilang perlahan-lahan.

“Serius, aku memang thought aku menyampah dengan kau at the beginning. Tapi betullah bila ada orang tua-tua kata jangan terlalu menyampah and then akan timbul rasa suka. Aku alami itu dengan kau. But then ia dah terlambat, kau dah ada awek masa itu,” sambung aku lagi.

Ariff pertama itu mendengar setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulut aku. aku kecewa dengan kau.

“And then, asal kau tak confess je pada aku?” Ariff pertama menyoal.

Aku tersenyum sinis mendengar soalannya. Ah… ingat senang ke seorang perempuan nak buat confession? Nak-nak perempuan selekeh macam aku ni. Sah-sah aku je yang bertepuk sebelah tangan. Apa punya soalan lah mamat ni. Bangang. Aku marah dia dalam hati.

“Sebab aku tahu aku just bertepuk sebelah tangan sahaja. Aku bukannya cantik macam perempuan-perempuan yang selalu bersama kau. Aku tak secantik awek kau. Aku tak mesra dengan lelaki. Dan aku tahu, bila aku confess pada kau pun, sah-sah kau akan tolak bukan?” Aku pandang Ariff pertama itu. Aiskrim di tangan aku masih menitik. Aku biarkannya sahaja.

“But at least you should try,” Ariff pertama itu membalas.

Aku menghembuskan nafas. Tetiba aku rasa macam nak sepak je mamat ni. Memang tak faham perempuan betullah dia ni.

“Kau cakap kau suka aku from the first time kau nampak aku, but then asal kau tak confess dulu? Lelaki supposely take first action.” Aku menyindirnya. Puas hati aku. Niat di hati nak sepak lelaki ni aku batalkan sahaja.

Ariff pertama itu memandang aku dengan rasa terkejut. Mungkin aku telah menyedarkan dia pada sesuatu. Macam ayat yang aku bagi kat dia tu betul-betul buat dia tersentap. Adakah? Aku bila cakap memang tak perasan. Main keluar je.

“Aku lelaki. Aku ada ego.” Ariff pertama itu berkata.

I'm not that type of girl who easily lower their ego just only to confess to a guy.

“Dan begitu juga. Aku juga punya ego aku. Takkanlah aku nak perendahkan ego aku semata-mata nak take first action nak buat confession kat kau.” Balas aku.

Ariff pertama memandang aku dengan rasa terkejut. Aku tahu dia tersentap dengan ayat aku. Haha. Aku ketawa dalam hati. Merasakan kemenangan itu bakal milik aku.

“Okey. Kau memang perempuan yang lain dari yang aku pernah jumpa. Kau ada ego kau tersendiri. Kau nampak je lembut dari luar but then inside, you are not.” Aku pandang Ariff pertama itu dengan rasa hairan. Ariff kedua itu juga pernah berkata sebegitu pada aku. Adakah aku memang macam tu? Geez… aku sabar je la.

“Kau tak suka orang nama Ariff ?” soal Ariff pertama lagi bila melihatkan aku mendiamkan diri.

“Hah?” Aku pandang dia dengan rasa hairan. Meminta penjelasan lebih lanjut.

“Kau kata kau menyampah dengan aku dulu sebab nama aku. Kau tak suka lelaki nama Ariff ke?”soal Ariff pertama lagi bila melihatkan aku mendiamkan diri.

Yup.. aku menyampah kau at the beginning.

Aku menelan air liur. Entah, aku tak tahu bagaimana aku harus mengiyakan. Aku dulu memang tak suka dengan lelaki yang bernama Ariff ni. Aku rasakan orang yang bernama Ariff ni kaki perempuan. Kejam tak aku?

Sebab masa kecil dulu, aku pernah tonton satu drama melayu yang mana watak hero tu nama Ariff memang jahat gila. Kaki perempuan. So, dari situ, aku setkan kepala otak aku, lelaki nama Ariff ni kaki perempuan. Kejam bukan aku?

Yaa.. aku tahu itu. Disebanabkan drama yang bukan betul pun, aku create negative perspective dengan lelaki nama Ariff ni. Alaa… aku masa tu umur berapa tahun, manalah tahu mana yang betul, mana yang salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience