BAB 2

Romance Completed 19186

Sepanjang pertunangan aku dan Ariff kedua itu, aku tahu banyak juga yang Ariff kedua itu makan hati dengan aku. Awal-awal pertunangan kami, aku melayan dia dengan dingin sekali. Setiap kali dia ajak aku makan tengahari bersama, atau keluar bersama-sama, ada sahaja alasan yang aku menolak.

Nasib baik dia dan aku tidak bekerja di tempat yang sama. Dari kisah yang Mama ceritakan tentang Ariff kedua ini, yang aku tahu, dia memegang jawatan Pengurus Besar kat syarikat ayah dia.

Wahh… anak orang kaya la begitu? Untung bukan aku? Tapi ada aku penduli dengan semua itu. Sekali aku tak suka, aku takkan suka sampai bila-bila. Mungkin kena tunggu keajaiban berlaku.

Ah... aku tidak tahu yang mana harus aku pilih.

Dan aku hairan bagaimanalah Ariff kedua itu boleh terima cadangan ibunya untuk mengambil aku sebagai tunang. Bilamasa aku ajukan soalan itu kepadanya, setiap kali aku berjumpa dengannya, dia hanya tersenyum.

Katanya, dia sudah tertarik pada aku pada kali pertama ternampak aku. Entahkan betul, entahkan tidak jawapan yang diberi olehnya. Entah… aku jarang mahu percaya kata-kata lelaki yang bukan ahli keluarga aku.

Aku bangun dan turun dari katil. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku kena pergi kerja hari itu. Ah… tiba-tiba aku teringat bagaimana aku bertemu kembali dengan Ariff pertama. 4 tahun selepas tamat belajar pengajian degree, aku sudah tidak tahu tentang Ariff pertama itu.

Hidup lagi ke tidak. Dah kahwin ke belum, aku tak ambil tahu. Malas. Sebab ia akan buat hati aku sakit. Yaa… perasaan yang tak terluah pada Ariff pertama itu masih lagi aku simpan walaupun aku sudah tidak memikirkan sangat tentang hal itu. Aneh bukan. Mungkin aku boleh concludekan nama Ariff itu buat aku gerun… heee

Ketika itu, aku sedang menanti Ariff kedua di tempat dia bekerja. Berbual dengan penyambut tetamu di situ sementara menanti Ariff kedua itu muncul. Penyambut tetamu yang mahu aku memanggilnya dengan nama Kak Yuna sebab dia selalu bercerita tentang artis Yuna kegemarannya, tambahan lagi bila diamatinya, adalah rupanya persis wajah Yuna tapi dalam versi yang lebih chubby. Kak Yuna tahu aku ni tunang kepada bosnya.

Rasa macam malu pula bila ada orang mengetahui hal yang sebenar siapa aku ini. Dari Kak Yuna jugalah banyak aku tahu tentang Ariff kedua. Bagaimana perangainya. Betapa ramainya peminatnya di syarikat itu. Eh, aku rasa aku sedang mendengar kisah yang sama tentang Ariff pertama. Mungkin orang yang nama Ariff ini memang punya ramai peminat. Heh. Gitukah?

Aku sedang berbual-bual dengan Kak Yuna bilamasa aku melihat ada kelibat seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari syarikat itu. Aku mengamatinya. Apa yang Kak Yuna sedang cakap pun, aku tak ambil kisah. Mata aku sedang asyik memerhati lelaki yang baru sahaja tiba di pintu keluar itu. Speechless

“Kau?” lelaki itu menegur aku dengan rasa hairan. Aku masih terkejut dengan lelaki itu yang kini berada di hadapan aku. Ada reaksi terkejut di wajahnya.

“Kau buat apa kat sini?” soal Ariff pertama sekali lagi.Yaa… aku sedang memandang Ariff pertama di hadapan aku. Aku speechless bila berhadapan dengannya. Rasa gementar mula menyelubungi dada aku. Kak Yuna hanya memerhatikan sahaja aku tanpa mengesyaki apa-apa. Aku tidak tahu apa yang harus dikatakan pada lelaki di hadapan aku ini. Takkanlah mahu diberitahu hal sebenar yang aku sedang menunggu tunang yang bukan kesayangan aku. Ah… aku takkan mengakui hal itu. Cukuplah Kak Yuna sahaja yang tahu tentang hal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience