BAB 1

Romance Completed 19186

Notifikasi mesej Whatsapp berbunyi. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mula membuka mesej yang diterimanya.

Jangan terbeban dalam membuat keputusan, tenang saja dan pilihlah siapa yang me Pilihlah yang menenangkan awak. Saya akan terima segala awak dengan hati yang terbuka.

Aku meletakkan telefon aku di atas katil. Aku tersedar dari tidur ketika mendengar bunyi nada telefon yang menunjukkan satu mesej telah diterima.

Aku memandang siling putih di hadapan aku. Ah… keputusan yang paling sukar pernah aku buat. Terlalu. Melibatkan soal hidup dan masa depan aku. Nama penghantar mesej itu Ariff. Aku savekan nombornya dalam telefon dengan nama ‘Ariff 2’ sebab dia lelaki kedua yang bernama Ariff yang aku kenal.

Ariff pertama? Entah… boleh concludekan Ariff pertama itu aku pernahsimpan perasaan padanya suatu ketika dulu. Ketika aku sedang belajar di suatu university. Ariff pertama yang aku tahu punya ramai peminat. Tapi begitulah, aku cuma bertepuk sebelah tangan sahaja.

Mana mungkin Ariff pertama itu akan suka pada aku yang selekeh ini. Badan yang tidak seperti seorang model tapi kulit aku cerah tahu berbanding Ariff pertama yang gelap. Err… bahasa melayu kata “sawo matang”. Ah... sukarnya membuat keputusan

Ariff kedua? Entah… Mama cakap, kulit dia cerah sama macam aku. Tinggi,bolehlah tolong aku tukar langsir nanti. Baik, hensem, tidak sombong dan berbagai-bagai lagi pujian yang Mama lemparkan kepada bakal menantunya.

Erk… yaa… aku dan Ariff kedua itu telah bertunang. Aku dan Ariff kedua itu masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Aku memandang cincin yang tersarung di jari aku.

Mama mahu aku berkenalan dengan anak kawan dia. Katanya, dengan usia aku yang hampir-hampir mahu mencecah 30, aku harus mencari pasangan hidup.

Eh… sebenarnya ada 3 tahun lagi untuk mencecah usia itu. Mama yang sibuk sangat. Katanya, abang-abang aku dah kahwin ketika usia aku ini. Beberapa kali juga aku menolak permintaan Mama yang mahu aku berkenalan dengan anak kawan-kawannya.

Banyak kali juga aku tolak perkenalan anak kawan-kawanya. Dari yang bernama Aidil sehinggalah kepada yang bernama Zikri. Banyak la juga. Aku tak terkira. Ah.. aku kena patuh harapan Mama.

Dan entah macam mana, muncullah lelaki yang bernama Ariff dalam hidup aku untuk kali kedua. Kali ini, aku tidak boleh lagi menolak. Mama paksa aku menerima pinangan si Ariff kedua ini kalau tidak dia mahu ugut aku sebagai anak derhaka.

Disebabkan gerun dengan kata-kata Mama itu, aku pun membenarkan jari manis kanan aku yang belum pernah memakai cincin itu, disarungkan cincin oleh ibu Ariff kedua. Aku ingat lagi betapa tersenyum lebarnya Mama pada kawannya yakni ibu si Ariff kedua itu masa majlis pertunangan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience