BAB 6

Romance Completed 19186

“Aku… kau tipu je kan?” dengan lantas soalan itu yang aku tanya pada Ariff pertama itu.

“Kalau aku cakap tak?”

“Kau dah ada awek masa kat U.” Aku masih memilih untuk tidak mempercayainya.

“Itu dulu. Sekarang tak.”

Jawapan Ariff pertama itu benar-benar buat aku terkejut. Takkanlah dia simpan perasaan pada aku dari zaman U lagi? Ah… aku bukannya taste dia pun. Sikit pun tak. Otak aku ligat berfikir. Betul ke tidak mamat ni. Ah… otak aku tertekan. Cuba mencari jawapan yang benar bagi kenyataan itu.

PUPP…

Lamunan aku terganggu. Aku lihat ada sebuah fail di atas meja. Hani sedang memandang aku sambil tersengih. Gembira lah tu dapat kacau aku mengelamun.

“Kau fikir apa?”soal Hani sambil memandang aku.

Aku tidak boleh menipu Hani. Hani pakar dalam mengesan penipuan.

“Kau rasa?”

“Fikir tentang Ariff? Yang mana 1?”

Aku menghembuskan nafas. Tidak tahu jawapan yang harus diberikan.

“Entahlah. Semalam aku mimpi yang mengerikan. Aku mimpi kedua-dua orangtu bergaduh. Takut aku.” Aku cuba mengingati mimpi ngeri yang aku mimpikan semalam.

“Itu cuma mimpi sahaja. Kau tahu bukan, mimpi akan berlaku bila masa kita terlalu memikirkan sesuatu perkara?”

Aku menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Hani.

“Kau dah buat apa yang aku cadangkan?”

Aku mengangguk. Saban malam aku buat solat Istikarah. Ariff yang kedua juga berkata sedemikian. Namun keputusannya masih samar-samar.

“Dan?” Hani bertanya lagi.

“Entah. Aku cuma nampak sekeping kertas yang tertulis nama Ariff.”

“Hurm… kompleks juga situasi kau. Aku nak cakap pilih orang yang mencintai kau tapi masalahnya dua-dua suka kau. Dan kau dengan Ariff macam mana?”

Aku memandang Hani. Meminta menjelaskan Ariff mana satu yang dimaksudkannya.

“Tunang kau. Susah la nama sama ni.” Hani gelak. Aku senyum.

“Entah. Dia hantar mesej pagi tadi.” Aku menunjukkan telefon aku pada Hani. Hani membaca mesej itu kemudian menganggukan kepalanya.

“Dia ikhlas dengan kau.”

“Jadi Hazril Ariff tu tak ikhlas la?” Aku cuba bertanya tentang Ariff pertama kepada Hani.
Perasaan itu berbalas. Tapi...

“Entah. Dengar cerita kau. Mungkin dia pun ikhlas juga. Dari U lagi dia suka kau. Lama juga dia pendam perasaan itu. At least kau tahu kau tak bertepuk sebelah tangan bukan?”

Aku memandang Hani lagi. Ah… keputusan yang sukar untuk aku buat.

“Tapi… aku….”

“Tapi kau dah bertunang. Itulah masalahnya. Hazril Ariff tak tahu kau dah bertunang and Ariff Hazwan tu tahu yang kawan dia masa sekolah tu ada hati pada kau.”

Aku menelan air liur. Ah… aku makin bertambah tertekan bila Hani mengunkit kisah itu. Aku ingat lagi bagaimana Ariff kedua meminta aku berfikir sedalam-dalamnya siapa yang aku nak pilih.

Ariff kedua itu tak mahu aku pilih dia disebabkan aku sudah bertunang dengannya. Sebab aku cuma ada pilihan itu sahaja. Dia kata lagi, dia sanggup batalkan pertunangan aku dan dia kalau aku lagi sukakan Ariff pertama itu.

Hairan juga aku bagaimana Ariff kedua itu tahu yang Ariff pertama itu ada perasaan pada aku. Dan kemudian Ariff kedua itu pun menceritakan bagaimana ada satu malam mereka melepak bersama-sama and then Ariff pertama bertanyakan tentang aku pada Arif kedua. Mungkin disebabkan Ariff pertama pernah melihat aku bersama-sama Ariff kedua hari itu.

Berang juga dengan itu. Sebab Ariff kedua itu tidak memberitahu hal yang sebenar kepada Ariff pertama tentang hubungan yang sebenar antara aku dengan Ariff kedua. Ada ke patut, Ariff kedua itu memberitahu Ariff pertama itu yang aku ini anak kawan kepada ibunya sahaja. Memanglah betul tapi asal Ariff Hazwan ni tak mengaku je yang dia tu tunang aku? Senang cerita.

“Aiii.. mengelamun lagi la tu. Dahlah fikir hal itu.” Kata-kata Hani menyedarkan aku. Aku menarik nafas.

“Yeela.” Aku jawab pendek. Malas lagi fikir hal manusia yang bernama Ariff itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience