BAB 5

Romance Completed 19186

Ariff pertama itu yang aku pernah suka. Yang pernah aku simpan perasaan padanya. Ah… tetiba aku teringat pada Ariff kedua. Aku teringat pada Ariff pertama. Aku teringat di saat Ariff pertama itu memberitahu hal yang sebenar. Kisah yang sepatutnya dia beritahu aku bertahun-tahun dulu sebelum kami tamat pengajian.

Aku ingat lagi waktu itu. Tiba-tiba Ariff pertama ajak aku untuk berjumpa. Hairan juga bagaimana dia mendapat nombor aku. Mungkin ada kenalan dari university yang memberikan nombor aku padanya. Aku teringat pertemuan aku dengannya. Pertemuan yang mengejutkan diri aku.

“Kau tahu tak asal aku nak jumpa kau?” soal Ariff pertama sejurus aku tiba di situ.

Aku mendiamkan diri. Manalah aku tahu. Dia yang nak jumpa aku bukannya aku nak jumpa dia. Sengal juga mamat ni. Ingat aku tahu semuanya. Aku merungut dalam hati.

“Aku tak tahu bagaimana nak cakap kat kau. Tapi aku nak kau tahu sesuatu. Benda ni dah lama aku pendam. Mungkin dari first time aku nampak kau,” Ariff pertama tu berkata lagi.

Aku pandang Ariff pertama dengan penuh kehairanan. Apa yang dia nak beritahu aku? Macam serius je bunyinya. Ke dia nak buat confession kat aku? Eh… aku ni berangan je. Mana mungkin perkara sebegitu akan berlaku.

Lagipun aku kini bergelar tunangan orang. Memandai je aku ni. Lagipun yang last aku tahu tentang Ariff pertama is dia dah ada awek masa kat U dulu. Frust juga aku bila mengetahui hal itu.

“Apa yang kau nak cakap? Bunyinya macam serius je,” soal aku sambal berpeluk tubuh memandanganya.

“Kau ingat first time kita kenal?” Ariff kedua menyoal aku.

“Err… masa semester 1 bukan? Kita kenal dalam kelas apa entah. Aku dah lupa,” dengan selamba aku jawab tanpa mengesyaki apa-apa.

Aku lihat wajah Ariff pertama itu tersenyum. Mungkin sedang menahan gelak sebab jawapan aku yang selamba itu.

“Kenapa?” soal aku pula tak sabar.

Aku lihat Ariff pertama itu menghembuskan nafas seolah-olah apa yang mahu dia katakan itu seperti sesuatu yang akan membuatkan dia sakit. Aku makin hairan dengan perilaku dirinya.

“Aku… aku suka kau!” Dengan terang dan jelas Ariff pertama itu berkata. Aku terkejut mendengar pengakuannya.

Aku memandangnya dengan rasa terkejut. Mahu percaya atau tidak. Entah mengapa. Dirasakan Ariff pertama di hadapan aku ini seolah-olah sedang menipu.

“Aku suka kau. From the first time aku nampak kau,” suara Ariff pertama itu kedengaran lemah.

Aku menelan air liur. Rasa terkejut masih ada. Aku sedar Ariff pertama memandang aku. Mengharapkan aku akan berkata sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience