BAB 10

Romance Completed 19186

Selepas merasakan aku telah jauh dari Ariff pertama itu, aku menoleh ke belakang. Ariff pertama itu masih lagi berada di situ. Mungkin sedang menyesal dengan dirinya. Aku tersenyum kelat. Aku sedar di kiri aku ada sebuah tong sampah, lalu aku buangkan aiskrim di tangan aku ke dalam tong sampah. Aku berlalu pergi dengan kelegaan di hati aku. Aku lega. Lega yang teramat.

“Mana kita nak pergi?” Aku menyoal Ariff Hazwan yang asyik dengan pemanduannya. Sekali-sekala dia akan tersenyum. Aku rasa dah berbuih mulut aku tanya kemana dia mahu bawa aku. Dan jawapan yang aku terima adalah senyumannya. Nasib baik mood aku baik hari ini. Kalau tak, mahu aku bagi satu sepakan kat kaki dia macam masa aku mula-mula kenal dia.

“Kita nak pergi makan lah,” jawapan yang sama dia bagi pada aku. Cis, sengal mamat ni. Aku mengutuk dalam hati. Aku tahulah dia nak bawa aku pergi makan tapi kat mana? Aku ingatkan kat tempat yang selalu dia bawa aku pergi, tapi dia tak berhenti di situ. Dia terus memandu. Bila aku tanya, dia hanya tersenyum. Dia kata jangan risau, dia bukan nak buat benda tak baik kat aku.

“Okey. Kita dah sampai.” Ariff Hazwan berkata setelah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran berhadapan dengan tasik. Aku belum pernah menjejakkan kaki di situ. Dia membuka pintu kereta untuk aku. Aku hanya tersenyum. Hairan dengan kelakuannya hari ini.

Aku melangkah masuk ke dalam restoran itu. Tak ada pelanggan sangat pun hari ini. Suasananya bolehlah dikatakan romantic. Sesuai dengan siapa-siapa yang berhajat nak buat candle light dinner, aku cadangkan restoran ini.

Err… nama apa entah restoran ini, aku pun tak tahu. Aku menuruti Ariff Hazwan dari belakang. Dia akhirnya mengambil tempat di satu sudut yang betul-betul berhadapan dengan jendela yang berdekatan dengan tasik. Jauh dari pelanggan yang lain. Aku dapat lihat air yang sedang bergerak-gerak mengikut lambaian angin.

“Asal tetiba nak makan kat sini? Dahlah tak ada customer sangat pun. Rasa macam seram je.” Aku terus bertanya sejurus aku melabuhkan punggung aku. Ariff Hazwan tersenyum.

“Kat sini ada aiskrim yang best. Awak kan suka makan aiskrim. Jadi saya bawa la awak ke sini.” Ariff Hazwan mengukirkan senyuman kepada aku lagi. Aih… mamat ni dari tadi lagi asyik tersenyum. Tak sakit mulut ke asyik tersenyum je. Nak saja aku tanya tentang itu. Selamat aku tak cair dengan senyuman dia.

“Eleh. Awak bukannya suka makan aiskrim.” Aku menyindir.

“Tapi awak suka. Jadi saya kena faham apa yang bakal isteri saya suka. Ha’ah… tempat ni tak ada orang sangat sebab saya nak privacy untuk kita berdua. Hanya untuk malam ini je.” Aku melopong mulut aku bila mendengar ayatnya. Ah… dia pilih restoran ini just only untuk aku makan berdua dengan dia. Eh… tetiba aku rasa sedang menjadi heroin dalam filem Hollywood.

“Sebab? Wah.. banyak juga duit awak. Restoran ni dahlah nampak cam mewah je,” soal aku dengan selamba. Ariff Hazwan tersenyum mendengar soalan aku. Mungkin bunyinya agak kebudak-budakan.

“Taklah. Restoran ni kepunyaan auntie saya. So, dia pinjamkan sahaja tempat ini pada saya.” Aku mengangguk mendengar jawapannya. Malas nak soal lagi.

Ketika sedang menikmati pencuci mulut. Aku menyedari Ariff Hazwan menghulurkan tangannya yang sedang berada di atas meja kepada aku. Aku berhenti menjamah pencuci mulut dan memandanganya dengan penuh rasa hairan.

Dia tersenyum ke arah aku. Menganggukan kepalanya seolah-olah memberi isyarat supaya aku menyambut huluran tangannya. Ah... pekena mamat ni? Tetiba jadi romantic semacam.

Love is the friendship

Dengan minda yang sudah memutarkan berbagai-bagai perkara negative, aku menyambut sahaja tangannya. Membiarkan tangan aku dipegang erat olehnya. Dia mengusap-ngusap tangan kanan aku sebelum memerhatikan cincin pertunangan yang tersarung di jari manis aku.

Aku hanya memerhatikan sahaja kelakuannya itu. Tiba-tiba dia membuang cincin yang tersarung di jari manis aku dan meletakkannya di atas meja. Aku terkejut dengan tindakannya. Aku memandangnya dengan rasa hairan.

“Thanks sebab sudi jadi tunang saya untuk 5 bulan ni.” Aku memandangnya lagi. Tidak faham dengan ayatnya. Oh.. kejap. Dia nak putuskan pertunangan inikah? Adakah? Kebiasaannya dalam cerita Hollywood selalu buat macam ni, bila nak berpisah, watak hero tu akan mengadakan makan malam yang indah sebelum menyebut kata putus.

Ah… tiba-tiba hati aku sebak. Ah.. takkan dia mahu mengundurkan diri. Aku belum beritahu lagi keputusan aku yang aku menerima dirinya bukan Hazril Ariff itu.

Aku menghembuskan nafas aku. Tidak tahu bagaimana harus aku hadapi situasi ini. Ah… boleh tak bagi aku jelaskan semuanya sebelum dia berkata sesuatu.

“Kenapa awak buang cincin itu?” Ah… bukan itu soalan yang aku nak tanya.

“Saja. Cincin tu bukan saya yang pilih.” Dengan selamba je Ariff Hazwan tu berkata. Ah… jadi betullah andaian aku. Dia mahu memutuskan pertunangan ini. Ah.. bagaimana aku nak hadapi situasi ini. Aku memandangnya, cuba mencari kekuatan untuk berkata hal yang sebenar.

Dan tiba-tiba dia keluarkan satu kotak berwarna hitam yang diikat dengan reben berwarna biru laut dari poket baju. Aku hanya memerhatikan sahaja kotak hitam itu tanpa sebarang soalan terkeluar dari mulut aku.

Dia pandang aku sambil mengukirkan senyuman. Dia membuka kotak itu. Aku mahu melihat kandungan kotak itu tapi tidak boleh. Kotak itu terbuka menghadapnya. Mahu saja aku tanyakan apakah itu, namun belum sempat aku membuka mulut, aku lihat ada sebentuk cincin emas putih bermata berlian putih di jarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience