BAB 4

Romance Completed 19186

“Hai sayang. Lama tunggu? Sorrylah. Ada benda nak kena selesai tadi.” Tiba-tiba Ariff kedua muncul.

Aku memandang Kak Yuna yang sedang tersenyum. Malu aku bila dipanggil sebegitu. Ah.. mamat ni. Tak cover langsung. Aku marah lagi Ariff kedua dalam hati. Dah banyak dosa aku kumpul pada hari ini. Marah bakal suami.

“Tak adalah sangat. Ada la dalam 10 minit,” aku menyindir.

Ariff kedua tersenyum. Dia tahu aku sedang menyindirnya. Ah… mamat ni suka sangat senyum.

“Oh. Okey. If you said so. Kami pergi dululah ya Zai,” Ariff kedua itu berkata kepada Kak Yuna . Kak Yuna mengangguk sambil tersenyum.

Aku tiba di pejabat. Hani, kawan baik aku dari zaman U menyambut aku dengan penuh senyuman.

“Morning Cik Amalin Aisyah!”

“Morning,” balas aku sambil mengambil tempat di meja aku.

“Nanti kita lunch sama-sama nak?”soal Hani.

Aku memandang Hani. Cuba memikirkan niat sebenar Hani itu. Tetiba je ajak aku lunch. Mesti ada udang di sebalik batu ni. Aku hanya menganggukan kepalanya. Hani kemudian beredar setelah menepuk bahu aku. Cuba memberi semangat pada aku. Hani tahu kisah aku. Hani tahu pilihan yang aku harus buat. Hani tahu hal sebenarnya yang melibatkan kedua-dua lelaki yang melibatkan nama Ariff.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Bunyi mesej masuk. Aku check telefon aku.

Message:
Boleh tak aku nak jumpa kau waktu lunch ini?

-Ariff 1-

Aku menghembuskan nafas setelah membaca mesej yang aku terima dari Ariff pertama itu. Ah… aku tidak tahu sama ada mahu atau tidak menerima pelawaan itu. Sebahagian diri aku mahu aku menerima pelawaan itu.

Yeela… bayangkan lelaki yang pernah aku minat beberapa tahun lepas, punya perasaan yang sama dengan aku. Mungkin ia terlambat namun still perasaan itu berbalas. Ah… aku berasa bersalah pada Ariff kedua itu. Susah juga mahu buat keputusan sebegini.

Aku balas mesej itu:

Maaf. Aku dah janji dengan rakan sekerja aku.

Beberapa minit kemudian, telefon aku berbunyi lagi.

Message:
Ok.
-Ariff 1-

Aku menarik nafas lagi. Ah… aku telah menolak peluang yang tiba. Namun, sebahagian diri aku berkata, aku telah membuat keputusan yang baik. Aku tunang orang. Patut menolak ajakan Ariff pertama itu. Ah… betulkah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience