BAB 11

Romance Completed 19186

Aku menelan air liur. Dia kemudian menyarungkan cincin itu ke jari manis aku. Jari yang pernah tersarung cincin pertunangan aku beberapa minit yang lepas.

“Apa yang awak buat ni?” Akhirnya aku mengeluarkan soalan yang dari tadi berlegar-legar di minda aku. Ah... dia sedang melamar.

“Sudi tak awak jadi isteri saya? Menghabiskan seumur hidup awak dengan saya?” Ariff Hazwan itu tidak mempendulikan soalan yang terkeluar dari mulut aku.

Aku menelan air liur. Hairan dengan soalannya. Bukankah aku sudah dikira setuju nak jadi isterinya bilamasa aku setuju untuk menjadi tunangnya? Apa tujuan dia mengeluarkan soalan sebegitu.

“Awak ni kenapa? Bukankah saya dah dikira bersetuju nak kahwin dengan awak bilamasa saya setuju nak jadi tunang awak?” Ariff Hazwan tersenyum.

“Saya tahu. Tapi kalau boleh saya sendiri nak lamar awak. Saya nak lamar awak dengan cara ni. Saya tahu kalau mengikut adat, awak dah dilamar oleh saya melalui ibu saya but then saya nak keluarkan kata-kata lamaran itu untuk awak. Dalam suasana macam ni.” Aku tersenyum. Entah mengapa aku rasakan satu perasaan aneh yang manis sedang mengelilingi hati aku.

“Tapi, kita dah sah bertunang. Dan akan kahwin soon. Awak tak payah lah nak jadi gentleman sangat. Walau macam mana sekalipun, saya tetap akan pilih awak. Tak perlu nak jadi soo romatic sangat,”balas aku sambil tersenyum. Ariff Hazwan gelak.

“Awak pilih saya?” soal Ariff Hazwan bila dia berhenti ketawa. Aku tersenyum. Aku faham soalannya yang ini. Aku mengangguk. ya... saya pilih awak.

“Sebab? Saya tunang awak? Sebab tu awak pilih saya bukan Hazril Ariff tu?” soal Ariff Hazwan lagi.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Ah… mamat ni saja nak kenakan aku.

“Yup. Saya pilih awak. Bukan Hazril Ariff. Saya pilih awak bukan sebab awak tunang saya.” Aku mengukirkan senyuman. Sengaja membiarkan ayat aku tergantung.

“Jadi awak pilih saya sebab….?” Soal Ariff Hazwan dengan tidak sabar.

“Awak kata, pilih yang menenangkan saya. Jadi saya pilih yang menenangkan saya. So reason yang awak tunang saya is not relevant at all.” Aku membalasnya. Aku lihat Ariff Hazwan di hadapan aku tersenyum. Ada riak kegembiraan di wajahnya.

“Jadi saya menenangkan awak?”soal Ariff Hazwan lagi.

“Hurmm… entahlah. Tapi hati saya pilih awak. Kalau nak diikutkan yang menenangkan saya, hanyalah aiskrim. Itu sahaja yang menenangkan saya,”balas aku.

“Dan saya?”

“Awak? Awak boleh anggap, awak macam aiskrim coklat saya. Saya tak boleh hidup kalau aiskrim coklat tiada. Itu menenangkan saya. Saya suka awak macam saya suka aiskrim coklat. Takkan berubah hal itu walaupun berbagai-bagai jenis perisa aiskrim muncul.”

Aku tersenyum mendengar ayat aku. Tidak tahu bagaimana aku boleh samakan Ariff Hazwan dengan
aiskrim coklat. saya suka awak macam saya suka aiskrim coklat.

“Okey. Alasan awak boleh diterima even saya pasti saya lagi baik dari aiskrim coklat itu.” Aku memandangnya dengan rasa hairan. Tidak memahami maksud tersirat ayatnya.

“Means?”soal aku.

“Aiskrim coklat merosakkan gigi awak tapi saya tak.” Aku ketawa mendengar jawapannya.

“Awak tak jawab lagi soalan saya,” Ariff Hazwan menyoal aku setelah aku berhenti ketawa.

“Yang mana?”Aku sudah lupa soalan mana yang dimaksudkannya.

“Sudi tak awak jadi isteri saya? Menghabiskan seumur hidup awak dengan saya?” Ah… aku ingat soalan ini. Ariff Hazwan memandang aku dengan penuh senyuman.

“Awak rasa?” Aku cuba mengujinya. Ariff Hazwan memandang aku. Masih menanti jawapan dari aku.

“Entahlah. Apa yang saya rasa tak sama dengan apa yang awak rasa.”

“Hurmm… saya rasa saya kena jawab ya juga kan?” Aku mengujinya lagi.

“Terpaksa jawab ya?” Ariff Hazwan memandang aku dengan rasa hairan.

“Yeela… takkan saya nak tolak. Kita nak kahwin sebulan lagi. Saya tak boleh nak tolak dah sekarang ni.” Aku lihat wajahnya mengukir senyuman. Mungkin berpuas hati dengan jawapan aku.

“Thanks sebab sudi terima saya.” Ariff Hazwan memegang erat tangan aku. Aku tersenyum memandangnya.

“Sama-sama. Thanks juga sebab boleh sabar dengan kerenah saya. Saya gtahu yang saya serba kekurangan, tapi saya ada hati yang penuh rasa cinta terhadap awak, dan itu sahaja yang mampu saya berikan pada awak,” Aku memandangnya dengan senyuman.

“Terima kasih, itu dah lebih dari cukup. Saya cuma perlukan awak dan hati awak. Saya cintakan awak.’’balasnya.

Aku membalas dengan senyuman, tanpa balasan tiga patah perkataan keramat itu, dia tahu hatiku, dia tahu cintaku terhadapnya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience