BAB 7

Romance Completed 19186

“Nah. Ini fail yang bos suruh kau buat. Kau siapkan and then jumpa bos lepas tu. Okey?” Arah Hani persis seorang ketua.

Aku mengangguk.

“Jumpa masa lunch nanti.”Hani beredar. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku pandang telefon aku. Ada mesej dari Ariff kedua.

Message:
Have a happy work today. =)
-Ariff 2-

Aku tersenyum sambil membuat kerja yang disuruh oleh Hani.

Aku menunggu Ariff pertama dengan sabar sambil memandang tasik buatan di hadapan aku. Ariff pertama ajak untuk berjumpa di hujung minggu. Aku turutkan sahaja. Aku sudah memberitahu hal perjumpaan ini kepada Ariff kedua.

Namun reaksi yang diterima dari Ariff kedua menyakitkan aku. Aku mengharapkan dia cemburu. Mengharapkan dia akan meminta aku unttuk tidak bertemu dengan Ariff pertama itu namun bukan itu yang berlaku. Lain yang aku harap, lain yang berlaku. Sengal juga punya tunang macam ni. Pilih yang menenangkan awak.

Mesej masuk
Saya harap awak buat keputusan yang menyenangkan diri awak. Walau apa jua keputusan awak, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya gembira bila awak gembira. Good luck. =)
-Ariff 2-

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Membaca kiriman mesej dari Ariff kedua buat hati aku dihimpit rasa bersalah. Ah… mamat ni tahu-tahu saja aku mahu membuat keputusan pada hari ini. Di saat ini. Atau dia sebenarnya cemburu tapi dia berlagak biasa. Ah lelaki. Macam lah aku tak tahu keegoannya. Haha. Aku ketawa dalam hati.

Tidak lama kemudian, Ariff pertama muncul sambil mengukirkan senyuman kepada aku. Aku membalas senyuman itu. Ariff pertama itu mengambil tempat di sebelah aku.

Dia menghulurkan aiskrim perisa Cappucino kepada aku. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. Apa tujuan dia berbuat sedemikian? Ke dia saja nak bodek aku?

“Ambiklah. Aku memang belikan untuk kau. Kau kan suka makan aiskrim.” Ariff pertama itu berkata seolah-olah memahami pandangan aku itu.

“Oh, thanks.” Aku mengambil aiskrim dari tangannya. Aku lihat ada senyuman terukir di wajahnya. Tiba-tiba aku teringatkan Ariff kedua. Ariff kedua yang suka tersenyum setiap kali aku memandanganya. Setiap kali aku memarahinya atau membebel kepadanya.

“Welcome.” Suara Ariff pertama itu menyedarkan aku dari lamunan.

“So, asal tiba-tiba ajak jumpa?” soal aku walaupun aku mungkin mengetahui hal yang sebenar.

“Entah. Dah sebulan lebih. Kau rasa apa tujuan aku mintak kau jumpa aku?” Ariff pertama itu memandang aku.

Aku berhenti dari menikmati aiskrim. Aku memandangnya. Ah… dia mahu aku memberikan jawapan sekarang kah? kisah cinta yang lalu diungkit kembali

“Aku suka kau. Dari pertama kali aku jumpa kau. Tapi aku sedar, kau layan aku dengan dingin. Kau sedar aku pandang kau but then kau berlagak seperti kau tak pernah sedar tentang itu. Sakit tahu. Bila kita face to face, kau pretending kita tak mengenali antara satu sama lain. Lagi aku sakit.”

Aku mendengar lagi ayat-ayat itu. Ah… apa yang dialami oleh Ariff pertama itu sama seperti yang aku alami ketika aku berhadapan dengannya.

“Begitu juga aku.” Akhirnya aku mengeluarkan perkara sebenar. Ariff pertama memandang aku dengan rasa terkejut. Mungkin terkejut yang aku punya perasaan yang sama dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience