BAB 9

Romance Completed 19186

“Tapi kau kawan dengan orang nama Ariff,” Ariff pertama itu bersuara lagi. Seakan-akan mengetahui jawapan aku kepada soalannya adalah ya.

“Maksud kau Ariff Hazwan?” soal aku.

Ariff pertama itu mengangguk.

“Kawan aku masa sekolah dulu.” Ariff pertama itu bersuara. Aku memandang Ariff pertama itu dengan rasa ragu-ragu. Mahu atau tidak diceritakan hal yang sebenar.

“Oh. Aku tahu tu. But he’s more than a friend actually.” Tiba-tiba mulut aku mengeluarkan hal itu. Aku sedar Ariff pertama memandang aku dengan hairan.

“Dia boyfriend kau?”soal Ariff pertama lagi.

“Dia tunang aku.” Ah… aku keluarkan perkara yang sebenar. Akhirnya.

“Tunang?” Ariff pertama itu menyoal aku dengan rasa terkejut. Kali ini lagi terkejut dari yang sebelum ini. Aku pandangnya dengan senyuman sambil menganggukan kepalanya. realitinya, dia tunang aku.

“Tapi, dia tak cakap apa-apa pun tentang tu masa aku tanya tentang kau?” Aku tahu Ariff pertama itu memilih untuk tidak mempercayai apa yang aku katakan tu. Dia ingat aku permainkan dialah tu. Senget juga mamat ni. Aku mengutuk dia dalam hati.

“Yeela. Kitaorang tengah kenal hati budi masing-masing. Pertunangan yang diaturkan oleh keluarga. Kau faham-faham lah. Mana ada rasa cemburu or apa-apa jela yang berkaitan dengannya,”balas aku selamba.

Ariff pertama itu mengangguk. Aiskrim di tangan aku masih lagi menitik. Entah mengapa, aku tiada mood mahu menikmati lagi aiskrim itu.

“Jadi, kiranya, aku tak ada peluang lagilah?” soal Ariff pertama. Aku lihat ada ada kekecewaan di wajahnya. Terbit rasa simpati pada dirinya.

“Maybelah. Kau tahu, Ariff Hazwan tu sanggup putuskan pertunangan aku dan dia kalau aku niat nak pilih kau. Dia tahu yang aku pernah keep feeling pada kau.” Aku berkata dengan selamba.

Entah mengapa mulut aku laju sahaja mengeluar kata-kata sebegitu. Wah… aku dah jadi makin berani bila berhadapan dengan Ariff pertama ni. Jika dulu, aku asyik nak larikan diri bila terserempak dengan dia. Siapa yang aku akan pilih sekarang?

“Jadi sekarang ni, kau akan pilih siapa?” Ariff pertama itu menyoal lagi. Aku memandang Ariff pertama itu. Aku teringatkan tentang Ariff kedua itu. Ah… keputusan yang sukar untuk aku buat. Aku pejamkan mata sambil menarik nafas.

“Pilihlah yang menenangkan awak.” Ayat itu berputar-putar di minda aku.

“Kau tahu, aku happy bila kau buat confession tu. Kau luahkan yang kau suka aku dari zaman U lagi. At least aku tahu aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi, keadaan dulu dengan sekarang tak sama. Sama ada untuk kau mahupun untuk aku.” Aku memandang aiskrim yang menitik itu. Tiada rasa simpati pada titisan aiskrim itu.

“Means, kau reject aku?” Soalan Ariff pertama itu buatkan aku terfikir. Aku reject diakah? Itukah yang aku maksudkan dengan kata-kata aku tadi? Aku sendiri tidak tahu apa yang aku katakan tadi.

“I think so.” Aku bangun dari situ dan menghadap dia. Ariff pertama itu memandang aku. Aku dapat lihat ada kekecewaan di wajahnya. Ah… maaf. Aku berkata dalam hati aku.

“Aku faham.” Ariff pertama itu menghembuskan nafas. Aku tersenyum melihat situasi itu.

“Aku blah dulu lah. Thanks for the ice cream.” Aku mengankat aiskrim yang hampir cair di tangan aku dan berlalu pergi meninggalkan Ariff pertama di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience