BAB 2

Drama Completed 558

Saddiq tersentak. Serasanya seperti ada suara orang yang memanggil di luar rumah. Dia menoleh sekilas pada Syafiq yang masih kusyuk memilih lagu-lagu untuk dinyanyikan. Tadi dia punya turn, sekarang ni turn Syafiq pulak. Itu yang Syafiq kalut mencari lagu yang sesuai..emm..nak lawan suara aku konon! Dia tersenyum….
” orang pekak! Keluar lah!”
Dia tersentak lagi buat kali yang kedua. Matanya dan mata Syafiq berpandangan. Mulut anak siapa yang terlampau laser tu? Dia bingkas bangun. Ingin melihat suara siapa yang bernada nyaring tersebut..
” ha..ada pun! Ingatkan dah pengsan tadi..sebab dengar suara sendiri yang tak best!”
Ish..ni dah kes melampau…Saddiq rasa macam nak telan hidup-hidup gadis yang berada di hadapanya saat itu. Matannya tidak lepas dari memandang wajah kedua gadis yang berada dihadapanya. Muka Nampak lembut tapi mulut laser!
” Kenapa ngan awak ni? Tak reti bagi salam?”
Saddiq masih cuba untuk menahan kesabaran walaupun hatinya terasa pedih dengan ayat yang diluahkan oleh perempuan tinggi lampai di hadapanya itu..
” Salam? Emm…dah nak abis ayat kursi kitaorang baca tadi..awak je yang tak dengar”
Ish..ada jugak aku cium mulut minah ni…
” Ada apa-apa yang kitaorang boleh tolong?”
Syafiq mencelah. Terasa ada aura pergaduhan yang akan meletus tidak lama lagi…dia tidak mahu memanjangkan cerita. Syafiq tahu sangat perangai Saddiq ..bukan boleh sabar sangat. Nanti tak pasal-pasal minah cantik tinggi lamapai ni kena debik..tak ke haru…ish…
” Awak nampak tak rumah sebelah tu?”
Melly menunjuk jari pada rumahnya…
Saddiq hanya mengangguk. Minah berdua ni datang ke rumahnya pada tengah-tengah malam semata-mata nak tunjukkan rumah mereka kepadanya? Apa kes?
” so..awak sedar tak yang suara korang berdua yang tak best ni boleh memecah masuk kat rumah kitaorang? Awak sedar tak yang kat sini, semua penghuni kebanyakkanya student? Awak sedar tak yang suara korang yang sumbang tu dah menjejaskan halwa telinga kitaorang? Awak sedar tak sejak seminggu yang lalu kiataorang tension sampai sakit kepala? Korang ni tak ada keje lain? Tahu nak memekak aje!”
Dia melepaskan semua kemarahanya di situ. Dia berasa sedikit lega. Matanya masih tidak lepas daripada memandang mata amarah Saddiq yang tidak lepas pandang kepadanya sejak tadi. Ingat aku takut la tu…
” Dah abis?”
Saddiq bertanya. Melly hanya terdiam. Malas nak bersuara lagi. Harapanya agar apa yang dah diperkatakanya tadi dapat memberi kesedaran kepada mamat berdua tersebut.
” Awak..ada saya mintak duit awak untuk bayar sewa rumah ni? Ada saya suruh awak dengar kitaorang nyayi? Ini rumah saya, saya punya pasal la nak buat apa!”
Haa..? Melly menahan nafas. Geramnya aku…memang mamat ni tak reti bahasa..boleh dia buat kenyataan macam tu kat aku? Belajar ke tidak? Sah-sah SPM tak pas…
” Memang tak ada..tapi korang dah kucar-kacirkan hidup kitaorang. Kitaorang nak study. Korang apa tahu?”
” Penghuni lain tak kata apa pun. Korang berdua je yang lebih-lebih.”
” Kurang ajar!!”
” Sape yang kurang ajar?”
Mata Saddiq dan Melly saling bertatapan. Di mata keduanya ada rasa amarah yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata…
Di hati masing-masing saling mengungkap satu perkataan..
‘ aku akan ajar kau cukup-cukup!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience