BAB 9

Drama Completed 558

” Tak kira…ari tu awak dah janji ngan saya..”
” Bila masa lak saya janji ngan awak…?”
Saddiq bertanya pelik. Dia memandang Melly yang hanya bertuala di hadapanya. Seketika dia kembali mengalihkan pandangan matanya kearah televisyen di depan.
” Awak…saya cakap ngan awak ni…”
Ish..apa lagi la Melly ni..lansung tak boleh tengok aku senang sikit. Sejak dari jadi musuh, lepas tu bercinta dan sekarang..dah jadi isteri kau tapi perangai tetap tak berubah..suka cari gaduh!
” Sayang…boleh tak kita discuss lain kali? Saya sakit kepala..”
Melly terkejut. Sikat dikepala diletakkan kembali ke atas meja katil. Pantas dia menghampiri suami yang sedang terbaring di atas sofa dalam bilik mereka. Rasa bersalah mula menyelinap dalam jiwa…perlahan-lahan kepala suami dipegang..dipicitnya lembut. Secara spontan Saddiq merebahkan kepalanya di ribaan Melly yang belum sempat menukar baju.
” Kita pergi klinik nak? Melly minta maaf yea…”
” Tak payah pergi klinik la..saya malas nak drive..”
” Melly drive…”
” Sayang drive? Alamatnya makin sakit la kepala saya…”
Saddiq dah ketawa kesukaan. Teringat kembali peristiwa bulan lepas yang Melly telah terlanggar tiang lampu di hadapan rumah mereka. Dia yang duduk di sebelah Melly mengalami gegaran otak yang tiga hari baru hilang…
Melly hanya memuncungkan mulut…
” Sayang…”
“Emm….”
” Nah..”
Melly memandang pelik ke arah pengikat rambut yang dipegang oleh Saddiq . Dia melihat wajah Saddiq yang sudah tersenyum seperti nak kenakannya.
” Nak buat apa…rambut Melly basah lagi la wak..”
” Untuk ikat muncung awak tu!”
Saddiq dan Melly ketawa serentak. Seketika Saddiq mencapai tangan Melly agar urutanya dihentikan. Tangan itu dibelai lembut…dia membawa ke mulut dan menciumnya.
” Awak…saya suka sangat bila awak buat macam tu..tapi saya lagi suka kalau
awak buat macam tu bila awak dah mandi..dah, jom cepat..pergi mandi..lepas ni,
Melly akan urut awak dan belai awak macam baby….”
” bestnya….tapi lagi best kalau….”
Ayat Saddiq tergantung di situ…keningnya sedikit dijungkit.
” dah..jangan nak buat idea bukan-bukan yea cik abang…Melly dah malas nak
layan”
Melly dah bangun menghampiri almari pakaianya untuk mencari t-shirt kegemaranya. Pingangnya yang dirangkul erat oleh Saddiq tidak dihiraukan.
” Sayang..nak jadi isteri derhaka ke…”
” Itu aje la modal awak…”
” Saya betul-betul maksudkan ni..”
” Awak..saya dah mandi..sejuk..”
Saddiq hanya menjungkit bahu. Tanda tidak mahu menerima alasan daripada Melly.
” Ok la..awak memang tak kesiankan saya kan..iye la..siapa la saya ni..”
Melly dah mengorak langkah menghampiri bilik air untuk mandi kali kedua bersama Saddiq . Perangai Saddiq yang satu ni memang paling tak disukainya…dasar anak bongsu, semua kena ikut cakap dia..hati aku ni? Melly terasa sedikit sebak tapi ditahan…
” Sayang…kenapa buat ayat macam tu? Saya tak suka dengar…siapa tak
kesiankan awak? Awak tahu tak..saya selalu kesiankan awak bila awak terpaksa
bangun malam-malam untuk selimutkan saya..saya lagi kesiankan awak bila time
makan, awak kena suapkan saya…hujung minggu awak kena urutkan saya. Bila
saya demam..awak lansung tak tidur sebab jaga saya…Melly..saya selalu
kesiankan awak sebab kena lalui macam-macam kesusahan dengan saya…”
Air mata Melly tumpah mendengar kata-kata yang terkeluar daripada mulut Saddiq . Setahun mendirikan rumahtangga, baru hari ini Saddiq meluahkan ayat yang begitu menghargai segala apa yang dia lakukan untuk suaminya itu. Dia tidak meminta untuk dibalas tetapi cukuplah sekadar dihargai…
” Saya sayangkan awak Melly..saya sayangkan awak lebih dari apa yang awak
bayangkan. Saya tak boleh hidup tanpa kasih sayang awak…i love u so much…”
Melly perlahan-lahan memeluk erat Saddiq yang hanya mampu memandangnya tanpa henti. Seperti ada air mata yang bergenang dalam kelopak mata suaminya itu…
” Saya juga sayangkan awak…semakin hari rasa sayang saya pada awak semakin
bertambah. Andai ada perbuatan saya yang menyakitkan awak..saya nak awak
tahu, saya juga sakit bila lihat awak terluka..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience