BAB 10

Drama Completed 558

Sudah habis satu pekan Jitra dia dan Melly ronda tapi rojak yang ingin dimakan Melly masih tidak ketemui. Tubuhnya dah rasa penat yang amat sangat…iye la dari Pahang dia drive..tak sempat nak tidur, Melly dah memaksanya untuk mencari rojak…
” Sayang..kita sambung esok, boleh tak..saya dah letih…”
Melly tidak menjawab. Sah! Isterinya itu marah..entah mengapa, sejak akhir-akhir ini Melly cepat sangat marah dan merajuk sedangkan merajuk bukan sifat isterinya itu…
” Boleh yea…”
Tanpa persetujuan daripada Melly, Saddiq dah membelok kereta ke arah simpang rumah ibu mertuanya. Dia menjeling sekilas ke arah Melly yang tetap diam membisu dan pura-pura tidur….Saddiq hanya menggeleng kepala…dirinya dah penat untuk memujuk. Biarlah..malam nanti aku pujuk la..sekarang ni aku nak tidur, mengantuk sangat….
Sampai sahaja di perkarangan rumah mertuanya, Melly keluar dari kereta dengan menutup pintu kereta kuat. Saddiq sedikit tersentak..apa kena dengan Melly ni? Tak kan sebab rojak dia marah macam tu…saya letih sayang…ayat itu hanya terluah dalam hatinya.
” Saddiq ..kenapa dengan Melly?”
Ibu mertuanya bertanya lembut. Dia hanya menggeleng..tanda tidak tahu.
” Saddiq pergi rehat kat bilik tamu..Melly dah kunci pintu bilik. Ibu dengar dia
menangis tadi..biarlah dia reda dulu. Saddiq pergi rehat..ibu nak siapkan makan
tengahari..”
Saddiq memandang lemah langkah ibu mertuanya sehingga ke dapur….kenapa ngan awak..
Saddiq bertanya lemah dan tanpa sedar dia terlelap di sofa….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience