BAB 4

Drama Completed 558

kenapa ngan awak ni? Saya dah cakap, kita perlu ambik tajuk konsep
pentadbiran diraja sebab banyak isu yang boleh kita masukkan dalam assignment
kita ni…”
Melly tetap mahu berlembut demi markah kumpulan.
Saddiq hanya mampu tersenyum sinis. Pendek akal betul minah sorang ni..
” awak..skop pentadbiran diraja tu terlalu kecil.. assignment ni membawa kepada
30 markah..terlalu sikit kita nak masukkan kat dalam tu. Kita tak boleh terlalu
bergantung kepada isu…fakta juga penting. Jika kita ambik tajuk pentadbiran
negara..kita boleh masukkan juga paranan diraja sebab Yang DiPertuan Agung
juga terlibat dalam sistem pemerintahan negara…”
Saddiq dah panjang lebar menjelaskan kenapa dia memilih tajuk kedua berbanding tajuk pertama yang ingin dibuat oleh Melly. Dian hanya terdiam. Dia cuba memaksa otaknya untuk bekerja keras bagi menangkis setiap kata-kata yang terluah daripada mulut musuh ketatnya itu. Apalah malangnya nasib dapat satu group assignment dengan mamat yang lansung tak mahu menerima pendapat orang lain…
” ikut suka hati awak lah..saya dah malas nak berdebat. Awak buat draf, esok
boleh kita tunjuk kat En.Subri…”
” banyak cantik muka awak-“
” memang muka saya cantik pun! Awak yang pandai-pandai pilih tajuk ni..so, awak
lah yang kena wat draf…”
” Kita buat sama-sama la..ini bukan assignment individu..ini group..profesional lah
sikit!”
Melly tersentak..terasa yang ayat tersebut begitu padas di telingannya. Dia hanya menjeling…
Fiza dan Syafiq saling berpandangan. Diorang ni lupa ke buta..yang aku dan Fiza ada kat sini..Syafiq mengeluh dalam hati. Sudah masak dengan perangai Melly dan Saddiq yang pantang bertemu..ada sahaja yang akan didebatkan. Dia sendiri tidak faham kenapa dua insan tersebut tidak boleh berdamai macam dia dan Fiza …sekilas, pandangan matanya dan Fiza bertaut..segaris senyuman terukir pada wajah comel tersebut. Dia hanya membalas..
” Yang korang berdua ni..jangan nak main mata lak kat sini.. assignment kita
masih tak jalan…”
Syafiq terkesima..aduh..aku lak yang kena..nasib la badan dapat duduk antara dua musuh ketat ni..kita yang tidak tahu menahu pula yang kena. Fiza dah ketawa meledak.
” Macammana assignment kita nak jalan kalau korang berdua ni nak pilih tajuk
pun susah..aku dah lapar ni, jom la Melly. Esok-esok korang sambung balik debat
tadi..jom Syafiq”
Syafiq dah mula bangun dari kerusi tetapi tanganya dipegang oleh Saddiq kejap.
” Nape Addiq..jom la sekali, kita makan ramai-ramai”
” Mama aku pesan suruh kita balik rumah hari ini. Esok birthday papa..jom la
bertolak sekarang..”
Saddiq bangun setelah menyudahkan ayat tersebut..
Melly tercengang.
” Boleh kau ulang sekali lagi tak ayat tadi? Kau nak balik rumah?”
Saddiq hanya mengangguk.
Fiza dah gelabah..dia tahu temanya itu akan mengamuk pada bila-bila masa sahaja.
” Awak tahu tak yang draf assignment kita wajib hantar esok? Eh..saya tak faham
la awak ni..tolong berdisplin sikit! Saya paling tak suka ngan orang yang suka
tangguhkan kerja lebih-lebih lagi assignment.”
” Awak pilih tajuk awak..saya terlupa tadi..sorryla yea..ok..saya pergi dulu. Jangan
lupa buat draf tu..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience