BAB 3

Drama Completed 558

Suasana dalam kelas agak kecoh dengan suara-suara student yang tidak tahu untuk diam.
Melly masih tetap setia membaca majalah REMAJA keluaran terbaru yang tidak sempat dihabiskanya malam semalam. Kelas yang bingit tidak sedikitpun mengganggu pembacaanya malah dia makin kusyuk membaca ruangan cerpen yang berada dalam majalah tersebut. Dia hanya berhenti membaca apabila menyedari kelibat sahabat baiknya berada disebelahnya.
” Amboi..kalau dapat baca majalah, mak mertua lalu pun kau buat tak sedar yea..”
Fiza dah ketawa mengekek. Dia hanya tersenyum.
” Mak mertua yang lalu..memang akau tak layan. Lainlah kalau anaknya yang lalu..baru aku angkat kepala…”
Fiza menepuk kuat bahunya.
” Gatal…”
Dia dan Fiza sama-sama ketawa.
” Woi..Puan Radiah dah nak masuk!”
Kedengaran kuat suara Aman yang duduk paling hampir dengan pintu. Emm..nama je duduk kolej tapi perangai sorang-sorang macam budak sekolah! Hatinya menggomel sendirian. Seperti kebiasaanya, kelas akan jadi sunyi sepi apabila tapak kasut tumit tinggi Puan Radiah sudah kedengaran. Semua sudah sedia maklum bahawa Puan Radiah adalah lecture yang paling garang di kolejnya, sekali dia bersuara, tidak ada sesiapa yang akan berani untuk melawan. Tapi yang paling ditakuti oleh semua student adalah disebabkan oleh sikap Puan Radiah yang suka mendenda student yang buat silap. Seingatnya, dia pernah kena sekali pada sem lepas kerana terlewat untuk masuk ke kelas selama sepuluh minit. Bagai terngiang-ngiang lagi di telinganya suara Puan Radiah yang begitu nyaring mejerit memarahinya. Seisi kelas menikus. Ada yang tidak berani untuk mengangkat muka dan ada yang berbisik-bisik sendirian, mungkin menyindirnya. Matanya masih lagi terpaku pada cerpen yang dibaca tanpa menghiraukan tangan Fiza yang dari tadi asyik menampar lengannya. Apa kena ngan minah ni?
” Ok kelas..hari ini kita akan menerima dua orang student baru yang baru mendaftar untuk kos Public Management…sila mengalu-alukan kedatangan mereka ke kelas kita. Hope u all dapat bemberi kerjasama yang baik kepada mereka”
Serentak dengan itu, kelas menjadi begitu gamat. Apa kes ngan budak-budak ni? Tak kan tak biasa terima student baru…Melly mengangkat kepalanya perlahan untuk memberi peluang kepada matanya untuk memandang ke hadapan.
What??
Melly membeliakkan matanya dengan lebih besar agar pandangannya tidak menipu. Dia menoleh sekilas pada Fiza di sebelah yang dah menunjukkan riak terkejut dari tadi. Dia mengalihkan pandanganya semula ke depan dan secara tidak sengaja matanya dan mata pemuda tersebut bertaut…
mamat kurang ajar!
Dia menyumpah dalam hati. Masih terbayang-bayang peristiwa dia dan mamat tersebut bertekak bagai nak putus anak tekak.
Kecinya dunia ni…
Kenapa dia study kat sini? Satu kos dengan aku pulak tu..semakin sakit la jiwa aku.
” Fiza , mata aku tak menipu kan?”
” Yup..apa yang tengok sama dengan apa yang aku nampak. Jiran kita tu
sekarang ni ada kat depan kelas kita. Akan satu kelas dengan kita…kemungkinan
akan dapat satu group assigment dengan kau!”
Fiza sudah tersenyum nakal memandangnya.
Dia terasa seperti mahu pengsan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience