BAB 5

Drama Completed 558

Melly dah menangis sendirian..dia tidak tahu mengapa harus air mata itu tumpah..tetapi yang pastinya hatinya terasa sakit. Sakit melihat telatah Saddiq dan Suzana petang tadi… assignment tak nak buat tapi ber’dating’ boleh…dah la tu, boleh pulak buat muka tak bersalah kat depan mata aku. Apa? Ingat aku tunggul kayu ke..memang dasar mamat tak ada perasaan…
” Melly…”
Terdengar laungan suara daripada Fiza . Dia tidak menyahut, perlahan-lahan dia menarik selimut menutupi mukanya. Dia mahu berpura-pura tidur…bimbang andai temanya itu tahu yang dia menangis.
Seketika dia terdengar ada pintu biliknya seperti dibuka oleh seseorang. Dia hanya membatukan diri, sedaya upaya berlagak seperti orang yang sedang lena dibuai mimpi.
” Melly…”
Bahunya disentuh lembut…dia tahu Fiza seorang gadis yang amat lemah lembut. Berbeza sekali dengan dirinya yang agak kasar dan bermulut celupar. Untungnya Syafiq dapat kau Fiza …hatinya seketika berlagu bahagia..gembira melihat Fiza telah menemui insan yang sehati dengan dirinya. Dia tidak menghalang walaupun dia tahu Fiza bercinta dengan teman baik musuh ketatnya!
” Melly…Saddiq nak jumpa kau kat bawah. Dia ada hal penting nak cakap kat kau.
Aku tahu kau tak tido lagi..bangunlah. tak baik buat tetamu tertunggu-tunggu
Kat bawah. Lagipun, aku tak nak Saddiq lama-lama kat rumah kita, nanti apa kata
jiran-jiran. Kau turun ea..”
Ish….menyusahkan betul lah mamat tu..kenapa sampai datang ke rumah? Jumpa kat kolej besok tak boleh ke? Hatinya menggomel perlahan. Yang Fiza ni pun satu..macam tahu-tahu aje aku pura-pura tido…hehe..
” Iye la..jap lagi aku turun..”
Dia akhirnya mengalah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience