BAB 1

Drama Completed 558

Adui…sakitnya kepala aku! Dah la assignment En. Naim ni nak kena hantar esok tapi dari tadi dia hanya mampu memandang pada skrin laptop tanpa berupaya untuk menghabiskan ayat-ayat terakhir yang perlu dijadikan sebagai penutup tugasannya. Dia sempat memandang kearah Fiza di sebelah yang sedang kusyuk membaca..ish..telinga temannya itu ada masalah pendengarankah?
Dia menggeleng perlahan. Matannya masih setia menatap pada skrin laptop di hadapanya tanpa ada tanda-tanda yang dia akan berjaya menghabiskan tugasan tersebut pada malam ini.
“…tanpa..cintamu aku resah…tanpa..cintamu aku hampa…”
Suara itu masih kedengaran! Ini tak boleh jadi…tiap-tiap malam asyik nak memekak aje kerjanya. Tak ada prihatin atau timbang rasa betul pada jiran tetangga lansung! Kalau suara tu merdu tak apalah jugak..ini macam suara angsa tercekik! Naik rimas dan bertambah menjadi-jadi migraine aku. Memang nak kena ajar mamat sebelah rumah dia ni…dah tahu jiran baru, buatlah cara baru. Ini nak tunjuk samseng..mesti kesedaran sivik tak ada, tak pun diorang perasan suara tu best…dia sempat tersenyum apabila suara hatinya tdak abis-abis mengutuk jiran barunya. Dia melangkah perlahan daripada meja studynya untuk menuju kearah pintu rumah yang hanya beberapa meter sahaja daripada meja study dia dan Fiza .
” eh..kau nak pergi mana ni? Assignment kau dah siap belum?”
” aku nak lancarkan perang-“
” perang? Kau nak berperang ngan sape?”
” jiran sebelah”
Dia terus mempercepatkan langkah menuju ke luar rumah tanpa sedar yang dia hanya memakai baju tidur ala-ala kelawar..
” Melly!”
Bahunya ditepuk dari arah belakang.
” kau janganlah masuk campur, aku dah tak tahan ngan perangai mamat sebelah ni. Asyik nak memekak aje! Aku dah sakit kepala.”
” kalau iye pun nak menegur, janganlah macam ni..kau macam nak cari gaduh aje. Risau akau tengok.”
Fiza bersuara risau.
” memang aku nak cari gaduh!”
Tarikan tangan Fiza tidak dihiraukan. Langkah kaki makin dipercepatkan menuju ke halaman rumah jiran sebelah rumah. Jaga kau mamat! Suara tak sedap, mesti muka tak hensem..
” assalamualaikum!!!”
Sekuat mungkin suaranya dikeluarkan. Haa..ambik kau! Buat garang sikit, baru diorang akan rasa takut. Eh? Tak keluar lagi? Emm..bukan sahaja suara dan muka tak hensem tapi pekak..kesian…
” Melly, janganlah macam ni..kita perempuan”
” Kita perempuan? So what?”
Dia memandang sekilas pada wajah Fiza yang dah takut-takut. Minah ni pun satu, kalau dah takut, tak payahlah ikut aku tadi..
” orang kat dalam rumah ni pekak atau bisu?”
Dia semakin kuatkan suaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience