BAB 7

Drama Completed 558

Saddiq memandang lemah air yang turun dari lubang-lubang batu dan terus mengalir ke arah kolam yang mengandungi ikan kesanyangan mamanya. Entah berapa kali hatinya mengeluh…dia sendiri tidak faham perasaan apakah yang sedang merasuk dan bertandang dihatinya sejak dua hari yang lepas. Seketika, fikiranya melayang mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada dua hari lepas….
” Saddiq ….”
Lembut suara Melly memanggil namanya. Seketika, dia terkaku memandang wajah tanpa mekap tersebut tapi tetap nampak manis..
” Selamat bercuti..doakan aku dan Fiza selamat sampai kerumah. Jumpa lagi
sem depan jika panjang umur..bye!”
Dia tidak membalas apa-apa malahan lambaian tangan Fiza juga tidak bersambut. Apa yang dia tahu hatinya terasa kosong apabila dua wajah tersebut memasuki kereta Kancil milik Syafiq…dia tidak sedar yang hari esok sudah bermula cuti semester. Kenapa otak aku lembab sangat? Dia menyalahkan diri sendiri…kenapa aku tak minta nombor phon Melly? Macammana aku nak hadapi dua bulan ni tanpa mendengar suara amarah gadis tersebut?dengan siapa aku nak bertekak?Melly..hidup aku sunyi tanpa kau..sihatkah kau…hatinya merintih kesayuan…
” Saddiq …”
Terasa bahunya disentuh lembut…
” Ada apa ma..?”
Puan Salmiah melabuh duduk di sebelah anak bongsunya. Tanganya memegang erat tangan anak yang kelihatan menaggung beban yang amat berat. Sebagai ibu..hatinya juga dipagut runsing apabila anak yang selama ini sentiasa kelihatan ceria telah berubah laku..
” Mama tahu Saddiq ada masalah..Saddiq tak mahu berkongsi ngan mama ke?”
Saddiq hanya tunduk. Ish..tak kan nak bagitahu kat mama yang aku ingat kat Melly? Nanti mama sengat aku baru tau…
Emm..apa kau nak kelentong kat mama yea..otaknya ligat berfikir.
” mama kenal sangat anak mama ni..bila nak mengelak, mesti lambat jawab.
Berapa kali mama pesan Addiq..kalau tak nak beritahu perkara sebenar, tak apa tapi jangan berbohong. Saddiq anak mama..mama dah masak ngan perangai Saddiq ..dah, sekarang..beritahu mama..siapa yang dah buat anak mama ni jadi macam ni..mesti cantik kan?”
Saddiq tersentak..dia terasa terkena kejutan eletrik. Matanya tepat memandang wajah mama yang sudah tersenyum manis…kuatnya firasatmu mama!
” Melly mama…”
Terluncur laju nama itu dari bibirnya. Mama tetap seperti tadi, masih senyum manis ke arahnya.
” apa nama penuh dia?”
” Melly Ramadania …Melly Ramadania Maruuf ..”
Bibirnya mengukir senyuman tatkala nama Melly terpancul dari bibirnya. Terasa seperti rindunya sedikit terubat pabila nama itu disebut..bagaikan ada aliran kebahagiaan mengalir dalam dirinya.
” Memang sah…”
” Sah? Sah apa mama?”
Dia bertanya pertanya pelik.
” Memang sah yang anak mama ni dah dilamun cinta..”
Dilamun cinta? Saddiq terkaku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience