BAB 8

Drama Completed 558

Nak tanya ke tidak? Emm…Melly berperang dengan perasaan sendiri. Telefon bimbitnya masih setia ditangan…masih tidak diusik sejak tadi. Hatinya serba salah mahu bertanya kepada Fiza tentang nombor phon Saddiq . Dia malu jika pertanyaanya akan mengundang ketawa kepada sahabatnya itu. Dua minggu berada di kampung telah mengundang rasa rindu pada musuh dan teman tidak rasminya itu…Saddiq dah bomohkan aku ke?ish..tak kan la kot….dia kan berapa suka kat aku..aku?bukankah aku juga tak suka kat dia?
” kau jangan benci Saddiq lebih-lebih Melly…nanti jatuh cinta baru tau!”
Masih terdengar kata-kata Fiza pada dirinya di awal semester dulu…aku? Melly Ramadania Maruuf jatuh cinta pada Saddiq ul Asyraf? Haha…dia tersenyum kegelian….
” Melly..senyum dari tadi..baju yang ibu suruh ambik kat ampaian tadi dah siap
letak kat bilik ibu ke?”
” dah bu..”
” mana? Ibu nak lipat sayang…”
Baju ibu? Ya allah..memang aku dah ambik tapi aku tinggalkan dalam bakul kat ampaian….seketika dia bergegas turun dari serambi rumah untuk ke ampaian di belakang rumah…Puan Haryati hanya tersenyum melihat telatah anak gadisnya itu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience