BAB 11

Drama Completed 558

Melly hanya tunduk memandang lantai rumah. Pandanganya tumpah pada sekujur tubuh yang sedang tidur di ruang tamu sebelum matanya beralih memandang wajah ibu yang kelihatan amat marah dengan tindakanya…
” Ibu tanya Melly..siapa yang didik Melly macam ni? Kenapa Melly layan Saddiq
macam tu…ibu sedih tengok Saddiq . Melly tak boleh buat macam ni..berdosa. Hari-
hari Melly layan Saddiq macam ni ke? Jawab Melly…”
Air mata Melly dah bergenang…Melly tak tahu ibu…Melly tak tahu..hatinya berbisik sedih. Melly nak makan rojak, itu aje tapi Saddiq tak mahu carikan..Melly bukan mintak emas, bukan intan..Cuma rojak..
” Melly..bila ibu tanya, jawab..bukan diam macam ni..”
” Melly tak tahu ibu….”
Dia dah menangis teresak-esak. Saddiq terbangun apabila mendengar suara tangisan Melly yang agak kuat menampar gegendang telinganya. Dia bangun dan menghampiri Melly dan memeluk erat isteri kesayanganya yang kebelakangan ini terlalu sensitif..sejak dua minggu lepas Melly tidak abis-abis menangis jika ada yang tidak kena dimatanya. Melly tidak bertekak seperti selalu tetapi lebih senang menumpahkan airmata…jika begini, dia lebih rela Melly memarahinya hari-hari daripada terusan menangis begini..hatinya sendiri jadi pilu..
” Awak..Melly letih, Melly nak masuk bilik”
Dia hanya mengangguk…
Tetiba telinga Saddiq terdengar seperti ada benda jatuh..
Melly!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience