BAB 6

Drama Completed 558

Matanya dan mata Saddiq berpandangan. Dia diam agak lama. Serasanya sudah letih mahu berdebat dengan manusia yang tidak tahu kalah seperti Saddiq . Entah kenapa..tetiba fikiranya melayang mengingatkan ibunya di kampung yang tinggal keseorangan…ibu tengah buat apa sekarang? Adakah masih dimasjid?dia melihat jam yang yang tergantung di ruang tamu rumahnya. Dah hampir menginjak ke angka sembilan malam…emmm…mengkin ibu dah balik rumah…rindunya Melly pada ibu….
” Hello….aku datang sini bukan nak tengok kau berangan..”
Melly tersentak! Dia memenadang wajah Saddiq yang dah menunjukkan reaksi kurang senang. Padan ngan muka kau..siapa suruh datang jumpa aku?
” Abis tu? Kau datang rumah aku nak buat apa kalau tak tengok aku berangan?”
Aduh..minah ni..ada jugak tangan akau makan pipi kang..kalau aku cakap ada je nak menjawab..minah mulut laser!
Hati Saddiq mengutuk.
” aku nak ambik bahagian aku dalam assignment kita. Aku nak ambik kat kolej
tadi tapi aku tak jumpa kau”
Tak jumpa aku? Buta agaknya mamat ni..
” aku ingatkan kau tak nak ambik tahu dah pasal assigment kita tu. Iye la lagi
empat hari nak hantar. Kau memang suka buat kerja last minute ke?”
” aku rasa aku tak perlu jawab soalan kau tu. Itu hak aku..aku dah penat la gaduh
ngan kau. Bagi cepat part aku..esok aku kasi kat kau yang dah siap. Puas hati?”
Saddiq dah panas hati. Minah ni memang tak nak bagi hati aku senang lansung! Ada aje yang tak kena. Nasib baik aku ni ada kesabaran yang tinggi jugak…
” Ok..kejap. Aku pergi ambik kat bilik”
Melly berlalu meninggalkan Saddiq keseorangan di situ. Dia sempat menjeling sekilas kepada Fiza yang dari tadi hanya diam membisu. Mungkin temanya itu sudah bosan melihat telatah dirinya dan Saddiq yang tidak pernah mahu berdamai. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya cepat panas tika berhadapan dengan Saddiq …wajah itu sering sahaja mengundang kemarahan dihatinya. Suara itu seringkali akan membakar perasaanya. Ah..segalanya tentang Saddiq akan membuatkan hidupnya yang tenang akan berkocakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience