BAB 6

Horror & Thriller Completed 1655

Baiklah, sejenis jinak-jinak merpati ya. Okay abang sahut cabaran permainan ini!

Seluruh tubuhku sudah ditenggelami air. Aku terus meronta-ronta. Dalam kekaburan pandangan, kudapat lihat suatu objek teroleng-oleng di dalam air.

Ada kesan darah di situ. Mungkin juga, luka di dahiku yang menyebabkan objek itu berlumuran darah. Aku memberanikan diri untuk mendapatkannya.

“Kepala orang!” Cepat-cepat kucampakkannya semula. Aku harus mencari jalan keluar walaupun terpaksa mati. Ada mayat di dalam lif ni!

‘Ting’! Pintu lif tiba-tiba terbuka luas. Aku terhumban keluar bersama bergelen-gelen air dan batu.

Aku tersadai di dinding. Helaan nafasku turun-naik. Dadaku menjadi terlalu penat. Mujur aku tidak mati terkurung. Aku memejamkan mata buat kesekian kalinya.

Tiba-tiba, dadaku bagai dihempap sesuatu. Musibah apakah, Ya Tuhan? Perlahan-lahan kubuntangkan mata.

“Argh!” Kepala manusia yang kutemui tadi sudah berada di atas dadaku. Aku menepis dan lantas cuba melarikan diri.

“Aku kat mana ni?” Kupandang sekeliling. Aku masih berada di dalam lif yang sama. Tapi bagaimana pula?

Bukankah aku sudah terpelanting keluar? Aku melihat semula pada nombor-nombor di pintu lif. Tingkat 11.

Bermakna, aku tidak ke mana-mana semenjak tadi? Mahu tidak mahu, aku terus menekan butang G untuk turun semula.

‘Kring! Kring! Kring! Kring!’ Bunyi deringan buat aku terkejut. Aku menyeluk kocek seluar dan ternyata telefon bimbitku dalam keadaan baik. Tapi bagaimana pula?

Aneh Bukankah ia sepatutnya sudah rosak ditenggelami air? Ini bukan telefon kalis air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience