BAB 7

Horror & Thriller Completed 1655

Aku tidak mahu berfikir lagi kerana apa yang lebih penting ialah mengetahui siapakah si pemanggil itu dan ini sahaja peluangku untuk meminta bantuan. Namun tiada nama pemanggil tertera sebaliknya hanya huruf ‘’E’ saja terpampang.

TIT! TIT! TIT!

Tak lama kemudian satu kiriman pesanan ringkas kuterima daripada seseorang yang bernama E dengan mesej yang berbunyi…

“Ya aku adalah pendosa dan pantas batang sula itu menusuk kemaluanku namun aku memilih untuk ditusuk oleh dirinya yang datang menyamar sebagai cinta. Semuanya kerana aku tewas oleh cinta dan nafsu. Kita sudah menyemai janji tapi kenapa akhirnya aku sendiri merana? Di manakah cinta yang kau katakan untuk menjaga dan menyayangiku?’’ Serta merta telefon bimbit itu terlepas dari peganganku. Aku tergamam! Dalam kedinginan itu peluh merecik di dahiku.

Serta merta dia muncul semula menerawang bersama kepalanya yang berbau busuk dengan bau hamis darah yang menjentik deria bauku dengan kuat. Aku menutup lubang hidungku dengan jari.

Namun serentak itu juga kedua-dua matanya yang tadi terpejam kini celik. Ia menakutkan namun aku dapat melihat ada garis sedih dan kecewa yang menyimpan 1001 kesakitan.

Ya aku nampak walau dia cuba sorokkan dengan bau darah yang mencengakam ini.

‘Harrisa, Harris. wow obviously we are meant for each other.’ Aku tersengeh angkuh.

Sehingga ke hari ini belum pernah lagi ada perempuan yang berani menolak diriku sebaliknya mereka melutut, mencium lalu menjilat telapak kakiku semata-mata mahu mendampingiku.

Bukan susah nak merasa ‘daging’ segar dari kampung seperti Harrisa. Perempuan, mudahnya menjadi mainan, apatah lagi perempuan kota berbeza dengan Harrisa. Ya dia nyata berbeza dan aku jadi tak keruan kerananya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience