BAB 1

Horror & Thriller Completed 1655

Dashyat betul hari ini panas membahang, kipas sudah ku tetapkan pada level tinggi, tingkap ku kuak seluas-luas alam ku biar angin masuk.

Peluh mencurah-curah membuat aku semakin panik.

Mungkin juga aku masih belum melupakan insiden pagi tadi yang membuat aku semakin naik berang. Persoalan yang merepek membuat jiwaku semakin menyebalkan.

“Arghhh apasallah panas azab betul ni!” bentakku. Aku sudah tidak dapat menanan kehangatan yang sedari tadi menggangguku.

Serasa matahari kini sedang berdiri di atas kepalaku dan bila-bila masa sahaja aku akan cair.

Aku buka butang baju kemejaku, baru sahaja aku mahu mencampak ia ke lantai tiba-tiba ada api menyambar hujung lengan bajuku.

‘’Air! Air!’’ hanya itu yang mampu aku fikirkan untuk memadamkan api yang sedang marak menyala.

Api yang merah semakin ganas menjilat langsir, cadar katilku. Aku kelam-kabut mencari sesuatyu kerana saat ini tidak ada setitis air pun yang ada di dalam bilikku kecuali titisan peluh cemas ku saat ini.

Lalu ku capai bantal dan tuala lalu mengibas-ngibas api itu sekuat tenagaku dan sepantas kudratku.

Pheww! Sepuluh minit yang penuh cemas namun aku bersyukur semuanya dapat dipadam.

Aku terdududk lemah dan longlai di atas meja kerja dalam keadaan berseluar pendek.

Kaki ku perit terkena bahang api malah aku dapat merasa ada beberapa helai bulu kakiku disambar api hingga botak jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience