BAB 2

Horror & Thriller Completed 1655

“Aduhh sakitnya.’’ Pedih semakin terasa. Pergelangan kananku perit disambar api. Aku pun musykil dari manalah datangnya api itu?

Takkanlah kerana bahang badan aku yang panas sampai ke tahap mengeluarkan api. Perghh tu dah level superpower!

Tubuhku melemah namun ku gagahkan jua berdiri. Aku melihat baju kemeja yang kupakai tadi sudah hangus dijilat api. Lantas aku mengutip sisa kain itu dan juga kain selimutku ke dalam plastik sampah.

Apa yang terjadi memang misteri tapi biarlah aku sahaja yang tahu segala yang berlaku di bilik ini. Aku harus menghapuskan segala kesan ini dari menyusahkan aku di kemudian hari.

Namun mataku tertumpu pada satu tanda pada tangan kananku. Awalnya aku sendiri tidak perasan apakah ia?

Kerana aku mengingatkan ia sekadar kesan melecur tapi bila ku perhatika betul-betul ternyata ia seakan membentuk huruf D. D? Ada apa dengan D?

1.30 pagi Aku kerja lebih masa malam itu dan tinggal aku keseorangan di pejabat kerana yang lain sudah pulang.

Kedinginan penghawa dingin mencengkam hingga ke sum sum tulang dan semakin lama semakin tidak ku tertahan lagi.

Lalu aku berlari menuju ke lif. Ada empat buah lif namun tiga daripadanya rosak cuma satu sahaja berfungsi.

“Pelik betul, tadi oagi tadi elok je.” omelku. Tanpa berfikir panjang aku menekan butang turun.

Sudah tidak sabar rasanya mahu terus pulang ke rumah kerana kecederaan pada tangan kananku semakin perit dan perlu dirawat paling tidakpun disapu losyen kuning.

15 minit sudah berlalu namun hairan bin ajaib pintu lif tidak juga dibuka. Puas kepala ku melangut melihat nombor-nombor yang beberrapa kali bersilih ganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience