BAB 10

Horror & Thriller Completed 1655

Badanku terhuyung ke kiri dan kanan lantas menggodam dinding lif yang bergerak turun naik. Sekali lagi kucuba menarik lidah yang menjulur jauh ke dalam lubang telingaku.

“Yakkkkks!’’ cecair yang kekuningan dan berbau najis itu kini sudah bertukar menjadi merah.

Keadaan lif sudah kotor apatah lagi aku baru sahaja memuntahkan segala isi perutku.

Aku sudah merasa tidak sedap hati dan aku perasan ada sesuatu yang aneh sedang berlaku. Deria sebelah kananku pula seakan tidak berfungsi. Aku sudah tidak dapat mendengar!

Aku terbaring layu di lantai lif. Entah bila lilitan di leherku terungkai. Kepala manusia tadi turut menghilang.

Kali ini ia benar-benar menghilang. Aku sudah tidak mampu untuk bangun. Hanya rasa lelah sahaja yang bersarang di dada. Mataku diredupkan sehabis mungkin.

Aku tidak tahu bila agaknya lif itu akan berhenti. Aku nak balik! Sudah terlalu lama aku di sini. Mungkin inikah retribusi atas segala khilaf-khilafku? Adakah ini balasannya, ya Tuhan?

Beginikah agaknya keadaan neraka di akhirat? Tanpa sedar, sebak mulai bertandang. Dadaku berkocak deras dan air mata mulai berjejehan.

‘Ting!’Pintu lif terbuka. Dengan segala sisa kudrat yang ada, kugagahi jua menyelit keluar dari lif itu.

“Pejabat? Aku memerhati sekitarnya.

Aku berada di tingkat empt iaitu di tingkat pejabatku. Itulah tempat terakhir sebelum aku terperangkap jauh ke dalam lif. Lalu saat itu tiba-tiba sahaja otakku dapat berfungsi dengan betul.

Kenapa aku tak guna tangga? Kan senang! Laju kakiku dikayuh menuju ke tangga. Aku menolak pintu tangga kecemasan itu namun tersekat. Ianya dikunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience