BAB 8

Horror & Thriller Completed 1655

TINGGG! Pintu lif terbuka. Aku masuk beriringan dengan Rissa. Sesekali, jariku nakal menyentuh pinggulnya yang tersarung litup. Dia mengenakan jubah dan Khimar.

Waktu itu sudah jam 2.30 pagi. Tidak ada sesiapa di pejabat melainkan kami berdua.

Angin dingin mengocak nafsu berahiku dan si ‘adik’ yang tadinya tidur kini bangun.

Aku membisikkan sesuatu ke telinga Rissa, apalagi kalau bukan cumbu lembut yang diselangi dengan rayuan yang diterima baik oleh Rissa dan dia sepertinya setuju dengan permintaanku.

Aku mengeluarkan pita pelekat hitam lalu ku berikan pada Rissa. Aku membongkokkan tubuhku lalu Rissa memanjat belakangku.

Tangannya laju menampal CCTV yang berada di dalam lif itu dan aku yakin apa sahaja yang kami lakukan tidak akan dapat dilihat.

Rissa memberikan isyarat mahu turun namun kerana tugasnya sudah selesai dan dengan rakus aku memeluknya penuh berahi.

Rissa tidak melawan namun ku lihat dia meronta seakan sedang keasyikan dengan cumbu rayu dan belaian buasku.

“Ahhhhhhh Harris!’’ erangan syahdu dari Rissa itu menyemarakkan lagi keperkasaanku.

Aku tersungkur di sudut lif yang masih bergerak laju seolah tidak mahu berhenti.

Langkahku dan kudratku seakan mati tidak tahu berbuat apa lagi. Aku menutup mataku dengan rapat. Sudah tiada keyakinan dan kejantanan yang ku banggakan. Hakikatnya aku lemah.

Ada tiupan angin yang menyenyuh wajahku seakan kipas sedang berputar, sebaik ku buka mataku aku dapat melihat dengan jelas kepala manusia yang berlumuran darah tadi berpusing-pusing mengelilingiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience