BAB 4

Horror & Thriller Completed 1655

Tanganku meraba-raba mencari puncanya dan ada sesuatu yang kupegang kini. Benar, ia memang keras. Aku menyentuh objek itu dan cuba menghidunya namun tiada sebarang bau. Jadi apakah ia?

Aku cuba menekan-nekan semula semua loceng kalau-kalau tertekan butang kecemasan namun gagal.

AKhirnya aku mencuba berdiri rapat pada pintu lif. Dalam keadaan cemas, kucuba mengetuk-ngetuk dari dalam.

Aku harus mencuba untuk keluar dari situ. Aku menjerit sekuat tenagaku manalah tahu dengan jeritan ku ini dapat menarik perhatian orang yang lalu lalang.

BAMMMM! Gegaran kuat menyerang sekali lagi dan kali ini aku melayang ke belakang. Tiba-tiba sahaja lif naik ke atas dalam kelajuan maksima ku rasa dan aku tidak tahu aku di berada di tingkat mana kerana jelas saja semuanya gelap gelita.

Tiada satu cahaya dalam lif ini yang menandakan bekalan api terhenti namun peliknya lif ini masih berfungsi. Dalam kelam itu deria bunyi ku dapat mendengar dengan jelas bunyi titikan yang masih berdetak detik namun kali ini bunyinya sedikit berbeza.

Ia bukan lagi seperti cecair tapi lebih kepada ketulan batu kecil yang dibaling ke dalam air. Tapi dari mana datangnya air yang sedang menenggelamkan kakiku ini. Takkanlan lif ini dipenuhi air? Sudah!

Saat ini seluruh tubuhku kembali menggeletar. Tangan dan kakiku mulai mengecut kesejukan barangkali juga ketakutan.

Semakin lama semakin sejuk dan membeku, kejung pergerakanku terbatas. Tiba-tiba ada cairan pekat Meleleh di dahi menutup mataku dan terkena bibirku. Perlahan-lahan ku sapu ia dan ku hidu, ada bau hamis darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience