BAB 12

Horror & Thriller Completed 1655

Mataku terkebil-kebil melihat siling lif dan dinding yang bermandi darah. Dalam kesakitan yang tidak terkata itu aku mendengar dengan jelas bunyi seakan ada orang sedang mencakar.

Ku perhatikan dengan teliti dan benar di hadapanku saat ini ada sesosok entiti yang sedang melekat dan mencakar sesuatu dengan kukunya yang panjang dan tajam.

Dia mula menulis perkataan yang membentuk huruf ‘E’ pada dinding lif. Saat itu juga aku mengingat semula huruf demi huruf yang terukir di tubuhku. Huruf

D pada lengan kananku, I pada atas keningku dan E pada dinding yang bila ku sambung menjadi perkataan ‘DIE’. Serentak itu juga dia dadaku bergelora brutal lantaran kesan cakaran pada dadaku.

Nafasku juga tersekat-sekat serasa leherku dijerut. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan serta merta segalanya kaku.

Harrisa berjalan dalam keadaan kaki tempang sambil menahan kesakitan pada rahimnya.

Dia sedar yang dia sudah melakukan dosa dengan berzina dengan Harris mana mungkin dia mahu menambah dosa dengan menggugurkan bayi hasil dari kerakusan nafsu mereka?

Harris sudah berjanji tanggung segala-galanya andai dia berbadan dua namun bila perut yang membuncit memerlukan bapanya Harris sebaliknya menafikan semua itu sekeras-kerasnya malah menuduh Harrisa berzina dengan orang lain walhal Harris tahu dia adalah lelaki pertama menodainya dan dia tiada lelaki lain selain Harris. Sudahnya Harrisa mengugut mahu perkara itu tersebar.

Biar Harris turut sama menanggung malu seperti dirinya yang terpaksa mengusung ke sana sini anak luar nikah dan akhirnya…

Pahang – Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila ditemui berada dalam keadaan bogel dan dipercayai dirogol. Selain itu dua batu dan sebatang kayu berukuran 17cm turut dirodokkan ke dalam alat sulit mangsa sebelum mangsa dibakar dan dibunuh.

Polis juga menemukan beberapa kesan seperti kelaran di leher, dada selain lidah mangsa juga dipotong manakala bahagian jari dan telinga mangsa telah hilang.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan namun pihak polis tidak menolak ia mungkin bermotifkan dendam. Sehingga kini polis masih mencari suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi nombor yang tertera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience