BAB 5

Horror & Thriller Completed 1655

Aku tidak pasti apakah ia darah atau bauan karat dan sebagainya kerana lif pun masih dalam ekadaan gelap. Kali ini aku gagahkan diri sedaya upaya menolah lif menggunakan sekuat tenagaku namun sekali lagi ia nyata sia-sia..

TINGGG! Tiba-tiba lampu lif menyala. Syukur! Aku menghembus nafas lega meski aku sebenarnya saat ini sedang dihimpit oleh ratusan batu yang menindih tubuhku.

Aneh bukankan sepatutnya batu seharusnya tenggelam tapi ini terapung. Tubuhku semakin perit dan sakit. Pandangan mataku berpinar kepalaku pening bagai mahu pecah.

Aku memicit kepalaku namun dari dinding lif yang bercermin itu aku dapat melihat pada atas keningku ada huruf ‘I’ terbentuk seolah-olah disiat.

Lekas-lekas aku memeriksa lengan kananku dan ku lihat huruf ‘D’ masih berbekas. Eh apakah makna semua ini?

Sedar tak sedar air sudah mencecah paras leher, dah serupa dalam akuarium ku rasakan.

Tanganku terkapai-kapai cuba memaut pada dinding lif yang licin. Namun sia-sia. Aku cuba melawan arus dengan merempuh dinding lif. Sekali lagi aku membuat kerja bodoh.

Badanku pedih terkena bucu bongkahan batu dan kebodohanku yang paling jelas adalah aku tidak pandai berenang. Sudahnya aku Bodohlah kerana aku tidak tahu berenang. Dan akhirnya...

Di hadapanku kini berdiri seorang gadis kenit gebu dam berkulit putih sedang mencuri-curi pandang padaku. Meskipun dia berhijab namun penampilannya sangat menawan di mataku.

“Hai nama saya Harris. Dan awak pula?” Aku memperkenalkan diri kepadanya. Namun, sapaanku itu tidak berbalas. Amboi jual mahal nampak!

Pintu lif tiba-tiba terbuka. Gadis itu meluru keluar sikitpun tak memandang padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience