BAB 3

Horror & Thriller Completed 1655

Dari tingkat bawah hingga ke tingkat 19 turun naik namun tidak pernah sekali ia berhenti di tingkat aku berada iaitu tingkat 4.

Aku sudah mulai bengang. Aku menunggu lagi 5 minit namun sepertinya tiada ada -tanda ia mahu terbuka.

Nak tak nak, terpaksalah aku menggunakan tangga. Baru sahaja kakiku mahu melangkah tak semena-mena pintu lif terbuka.

“See, tahu pun takut. Baru nak blah tadi.’’ Gumamku. Aku meluru masuk dan segera jariku menekan butang G.

Aku mendengus melepaskan lelah sambil menyandarkan tubuh pada dinding lif.

Mataku pejamkan dan seketika kemudian bunyi loceng lif berbunyi. Aku melihat nombor yang tertera.

Tingakt 19? Pelik? Setahu aku tadi aku tekan butang G dan anak panah tu menunjukkan arah bawah. Bulu romaku mula menegak. Aku menekan semula butang G.

‘BAMMMM!!!’ Kali ini, kelajuan lif turun dua kali ganda mengeluarkan bunyi deruan bagai keretapi dan aku dapat merasa goncangan yang kuat memaksa aku tersandar kuat ke penjuru lif sebelah kanan.

Bunyi dentuman itu membuat aku jatuh terjelepuk menyukarkankan aku untuk berdiri. Aku cuba bangun tapi tubuhku terasa amat berat. Tiba-tiba lampu lif mati. Gelap gelita jadinya. Aku menyeluk poket celanaku untuk mencapai telefon bimbit.

Tiada liputan! Teruk! Masak aku terperangkap dalam lif ni! Plakkk! Kali ini telefon bimbitku pula terlepas dari genggaman seakan ada sesuatu yang menampar tanganku.

PAK PAK PAK Ada sesuatu yang menjentik dahiku perlahan-lahan namun lama-kelamaan…

“Aduhhh sakitlah!!!!” jertitku saat menyedari ada suatu objek keras seakan menghempak kepalaku. Jeritanku agak tenggelam-timbul dalam bunyi gegaran yang tiba-tibaberubah menjadi perlahan dan berganti pula dengan bunyi titikan yangseakan-akan... ah, aku sendiri tidak pasti apakah ia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience