BAB 11

Horror & Thriller Completed 1655

Nak tak nak aku harus pergi semula ke lif, sepertinya itu sahaja cara untuk aku keluar dari sini.

Tubuhku letih namun ketakutan ku juga semakin merajai. Jari jemariku masih menggeletar saat menekan butang turun.

Pelik, kali ni pintu lif terbuka dengan cepat.Aku mengumpul segala keberanian untuk masuk ke dalam perut lif. Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk, tiba-tiba celana yang ku pakai terlondeh ke paras betis.

Aku cuba menarik semula ke atas tapi tidak boleh. Seperti ada sesuatu yang menahannya naik. Sudahnya aku lucutkan sahaja seluar itu dan yang tinggal di badanku hanyalah sehelai boxer dan juga singlet pagoda lusuh yang sudah basah.

Kesejukan kembali mencengkam. Suhu pada waktu itu kian membeku. Meremang segala bulu-bulu yang tumbuh di badan. Aku pantas melangkah masuk ke dalam lif buat kesekian kalinya dan pintu lif kembali tertutup semula...

‘Zap!’

“Aduhhhhhh !!!” Tak semena-mena pintu yang tadinya tertutup rapat kini terbuka laju selaju halilintar membelah bumi dan serentak itu jugalah kemaluanku terpotong.

Aku menjerit sekuat hati. Lambang kejantananku yang ku bangga-banggakan sudah terputus dua.Tapi bagaimana ini boleh terjadi? Kenapa ini berlaku padaku?

Darah pekat memancut-mancut di ruangan lif. Dinding-dindingnya juga sudah dipenuhi darah yang semburan darah anuku. Azab sakit yang tak mampu untuk aku jelaskan. Sakit tidak terperi!

“Tolong aku! Ya Allah sakitnya!!!” Aku menggelupur menahan kesakitan yang terlalu perit. Nafasku turun naik.

Jantungku berdegup kencang seakan ia akan terhenti bila-bila masa sahaja.Saat ini aku sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience