PART 7

Short Story Completed 5568

Naik pening kepala aku memikirkan soal jodoh. Bekas tunang buat hal lepas tu nakkan aku semula. Bakal suami pula serba salah. Takut aku kembali pada bekas tunang bila baru nak mengecap bahagia.

Lily pula satu hal. Datang rumah aku menangis-nangis. Katanya dah "clash" dengan Tengku Furqan. Sejak bila pula diorang couple. Kenal pun tak sampai sebulan. Aku rasa Lily yang syok sendiri. Dia cerita yang dia ajak Tengku Furqan kahwin. Lelaki tu menolak. Tengku Furqan kata Lily annoying. Setiap masa nak mesej, nak call. Asyik ajak dating je. Mana tak orang tu rimas. Dia tu CEO. Mana ada masa nak hadap orang macam Lily. Kalau nak macam tu, pergi couple dengan budak sekolah.

Yang paling menyedihkan, Lily nampak Tengku Furqan keluar dengan perempuan lain. Itu yang dia datang rumah aku. Datang mengadu. Time susah datang, time senang pergi. Aku cuma mampu dengar. Nak tolong tak boleh. Lelaki kaya macam Tengku Furqan memang playboy.

Papa paksa aku hadiri majlis makan malam anjuran syarikat. papa cakap semua ahli keluarga wajib hadir. Nak raikan staf-staf baru dan lama. Arjuna pun termasuk sama sebab dia baru start kerja dekat syarikat sebagai kerani biasa. Sebenarnya papa offer dia jadi pengurus kewangan tapi dia tolak. Katanya biarlah mula dari bawah. Bagus betul.

"Rara akan pergi kalau Lily pergi sekali."

"Hurm, kalau macam tu bawa jelah dia."

"Yes. Thanks papa. Love you." Aku kucup pipi papa penuh kasih.

Papa dah tahu sangat perangai anak dia ni. Aku memang payah pergi majlis-majlis macam tu. Kalau ada teman aku akan pergi.

????

Aku mengenakan dress berwarna pink. Lily pula dress warna ungu. Pada mulanya Lily tidak mahu pergi, tapi aku paksa juga dia. Akhirnya dia akur. Aku lihat dia tidak ceria kerana terpaksa. Mata kelihatan sembap akibat banyak menangis. Aduhai Lily ku sayang. Cuba la cool sikit. Aku putus tunang dulu tak ada pula selok menangis macam mati suami. Okay je. Dia yang baru bercinta dah macam apa.

Rasanya majlis ini bukan untuk staf sahaja. Ada juga orang lain. Bukan calang-calang orang. VVIP. Yang paling mengejutkan bila aku ternampak Qaid serta keluarganya ada sekali dalam majlis ini. Tengku Furqan juga ada. Kenapa papa jemput mereka?

Lupa pula. hotel ini milik Tengku Furqan. Jadi papa jemput sekali agaknya. Kalau aku jadi lelaki tu, aku tak pergi sebab majlis syarikat orang lain. Siap ajak orang lain lagi. Oh yelah, Dato' Firdaus salah seorang pemegang saham dekat syarikat papa aku. Lagipun papa aku dan ayah Qaid memang bersahabat baik. Sebab itulah aku nak dijodohkan dengan anaknya. Dululah. Lepas tu anak dia buat perangai. Masalahnya Qaid pun ada. Dia memang tak ada perasaan malu agaknya. Gigih juga datang. Mungkin dia tahu aku ada di sini. Cuma dia sedikit serabai. Tak sekemas dulu.

Arjuna duduk semeja dengan kami. Sesekali aku menjeling dia. Dia turut memandang aku sambil tersenyum. Senyumannya aku balas kembali. Kalau Qaid yang senyum pada aku, tak mungkin aku balas.

Majlis agak hambar kerana papa tak ada jemput penyanyi pun. Cuma pasang lagu je. Patutnya jemput jelah. Orang kaya sukakan hiburan. Papa sudah berubah sejak balik dari umrah. Mujur ada mc yang pandai mengambil peranan. berceloteh tak ingat dunia. Hensem pula tu.

Sesekali aku tertawa. Tapi Lily tidak. Bila dia tahu Tengku Furqan ada, aku tengok dia resah dan gelisah. Beberapa kali dia berbisik pada aku nak keluar dari dewan. Tapi aku tak izinkan dia.

"Bosan kan kakak." Ucap aku pada Hana, anak sulung Kak Effa yang berusia 3 tahun.

"Bocan."

Aku kucup pipi Hana.

"Papa, Rara nak menyanyi boleh tak?"

Tanpa menunggu jawapan papa, aku terus bangun dan letak Hana di kerusi.

"Jangan ikut. Duduk situ." Arah aku pada Hana yang mahu turun dari kerusi.

Langkah dituju ke arah pentas.

"Mc hensem, boleh tak saya nak menyanyi?"

Ucapannya tadi terhenti. Lelaki itu kelihatan agak tercengang.

"Bolehla ye."

Aku tersengih kemudian beritahu dia lagu apa yang aku mahu. Dia hanya mengangguk.

Mic dicapai. Perlahan-lahan aku naik di atas pentas. pergh!! berdebar gila! Perasaan dia lain macam. Semua mata memandang aku. Malulah pula. Rasa tak nak pula menyanyi tapi kalau aku turun nanti kena boo pula. Baik aku menyanyi je.

Pandangan berkalih pada MC tadi. Aku hanya berikan isyarat anggukan kepala padanya supaya lagu dipasang.

Satu lagu je pun. Bersemangat betul. Habis sahaja lagu, aku dapat tepukan yang gemuruh. Kembang kempis hidung aku. Senyuman terukir dibibir. Aku terpandang Qaid. Wajahnya kelihatan sayu. Tiba-tiba datang perasaan serba salah sangat-sangat macam aku yang lakukan kesilapan.

Perlukah aku beri peluang kedua pada dia? Kalau dia lakukan benda sama lepas kami dah kahwin nanti macam mana? Aku juga yang menderita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience