PART 6

Short Story Completed 5568

Pepatah menyebut, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Itulah yang berlaku pada aku semasa Arjuna dan keluarganya berkunjung ke rumah. Qaid tiba-tiba datang menganggu.

Dia ni memang tak kenal erti putus asa ke apa? Aku dah bagi amaran. Siap kena tampar lagi tetap nak kacau hidup aku. Ingatkan lepas tampar aku dia bencikan aku. Rupanya tidak.

"Aurora sebenarnya tunang saya. Lagi 2 minggu kami bakal dinikahkan."

Selamba badak dia mengaku depan semua orang yang aku ini tunangnya. Padahal hubungan pertunangan tu dah lama terputus. Papa, mama, kak Effa dan abang Azri agak terkejut.

"Tolong jangan kacau hubungan kami. Kami dah nak berkahwin." Qaid berikan amaran pada Arjuna.

Aku raup wajahku. Siapa yang ganggu siapa? Tak malu betul si Qaid ni. Macam orang gila talak.

Papa tarik tangan Qaid. Mungkin nak berbincang sesuatu. Aku dan kak Effa saling memandang antara satu sama lain.

"Kenapa tak cakap yang Aurora dah berpunya?" Soal Puan Zahra, ibu kepada Arjuna.

"Eh tak. Anak saya masih belum berpunya. Yang sebenarnya lelaki tu bekas tunangnya. Mereka dah putus 2 tahun yang lepas."

"Uncle, bagilah saya peluang. Kali ni saya serius nakkan Aurora. Saya cintakan dia."

Aku dengar rayuan Qaid pada papa.

Kenapa Qaid macam ni? Susah sangat nak move on dan lepaskan aku? Kenapa aku senang je nak move on? Yang aku pelik, macam mana dia tahu Arjuna dan keluarganya datang hari ni? Dia stalk aku ke?

Selepas 15 minit berbincang, papa kembali duduk di sofa. Qaid pula terus meluru keluar dari rumah. Kecewa agaknya. Entah apa yang papa cakapkan pada dia.

Kami menyambung semula perbincangan yang tertangguh tadi.

Papa beria tanya Arjuna, dia betul-betul belum ada calon lagi ke? Bukan itu je macam-macam lagilah yang papa tanya. Aku pula naik serun dengan soalan papa. Macam penyiasat.

"Boleh tak saya nak bercakap sebentar dengan Aurora?" pinta Arjuna.

"Boleh. Silakan."

Aku rasa kan aku dah boleh baca apa yang Arjuna nak cakap. Dia nak suruh aku terima Qaid semula. Konfirm punya.

?????

Kami berdua duduk di gazebo yang berada di taman rumahku.

"Cantik rumah awak." Puji Arjuna.

"Bukan rumah saya. Rumah family." Aku tersenyum padanya.

"Rumah awak jugalah. Hurm.. By the way, saya rasa kan.."

Arjuna terdiam.

Aku pandang wajahnya.

"Awak rasa apa?"

"Lelaki tu masih cintakan awak lagi."

Dah agak dah.

"So? Kalau dia masih cintakan saya kenapa? Awak nak saya terima dia? Macam tu ke?"

"Tak adalah. Bukan itu maksud saya. Cuma saya rasa dia yang terbaik untuk awak."

"Pulak dah. Kalau awak tak serius, tak payah berjanji apa-apa pada saya dan keluarga saya. Saya tak nak berharap."

"Semua orang layak diberi peluang yang kedua."

"Memang taklah!"

"Dari anak mata awak pun, saya tahu. Jauh di sudut hati awak, awak masih harapkan dia. Mulut je kata benci dan tak nak."

Aku mula rasa kurang senang dengan ayat Arjuna. Dah kenapa dia cakap macam tu. Aku mana ada perasaan lagi pada Qaid.

"Jangan ikutkan sangat perasaan amarah awak tu Aurora. Nanti awak juga menyesal."

"Awak tahu ke apa yang berlaku dulu? Tahu ke? Tak tahu kan. Saya rasa kalau benda ni terjadi pada awak, rasanya awak pun sama seperti saya."

"Saya pun pernah putus tunang."

Kepala ditoleh pada Arjuna.

"Pilihan keluarga juga. Kalau awak 2 minggu sebelum nikah. Kes saya pula beberapa jam sebelum nikah. Keluarga pengantin perempuan tak datang masa akad nikah. Tup-tup dapat tahu dia get back dengan bekas kekasih dia. Waktu saya kenal dia, dia cakap dia baru dipermainkan dan terima je jodoh pilihan keluarga dengan hati yang terbuka."

"Tak ada jodoh. Apa boleh buat."

Aku tak berminat nak dengar kisah dia. Sekarang ni yang penting kisah aku.

"So kita macam mana?" Aku pandang tepat pada mata Arjuna.

"Kalau kita tetap bersama, saya bimbang ada hati yang akan terluka."

Ya ALLAH! Sakitnya hati aku. Perlu ke semua orang kesian pada Qaid? Tak ada ke orang nak kesian pada aku ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience